40 Minggu

Ini Sebab 38 Minggu Ke Atas Disyorkan Untuk Bersalin, Ketahui Juga Risiko Jika Beranak Awal!

10
SHARES
tempoh kehamilan penuh

Tempoh kehamilan penuh wanita mengandung adalah selama sembilan bulan atau 40 minggu. Biasanya, ketika usia kandungan memasuki 38 minggu, ibu sudah mula membuat persediaan berperingkat untuk melahirkan si manja.

Ibu-ibu dinasihatkan untuk melahirkan bayi ketika usia kandungan 38 minggu ke atas untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti anak pramatang. Jadi, penting sebenarnya untuk menunggu tempoh kehamilan penuh kerana mempunyai banyak kelebihan. Nak tahu apa? Jom kami kongsikan di bawah.

Baca juga: Rasa Nak Bersenam Semasa Hamil, Cuba 5 Senaman Ini, Barulah Senang Beranak!

TEMPOH KEHAMILAN PENUH, INI KELEBIHAN IBU AYAH KENA TAHU

tempoh kehamilan penuh

1. Bayi yang dilahirkan pada usia 38 minggu ke atas lebih berkebolehan menghisap dan menelan susu ibu kerana otot lebih kuat.

2. Dapat membantu bayi membina otot rahang dan pipi yang kuat untuk menyusu dengan baik.

3. Bayi yang lahir pada usia 40 minggu lebih mampu mengawal suhu badan mereka sendiri kerana lebihan lemak yang ada.

4. Perkembangan otak normal dipercepatkan dalam tempoh lima minggu terakhir kehamilan.

5.  Organ penting seperti otak, paru-paru dan hati memerlukan masa untuk berkembang. Otak berkembang paling cepat pada akhir kehamilan.

Otak bayi pada 35 minggu kehamilan hanya mempunyai berat dua pertiga daripada beratnya pada 39 hingga 40 minggu.

6. Kurang mengalami masalah kesihatan selepas lahir seperti masalah pernafasan, penglihatan dan pendengaran.

7. Bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang sihat mempunyai masa yang lebih mudah untuk kekal hangat berbanding bayi yang dilahirkan terlalu kecil.

8. Kurang mengalami masalah pembelajaran dan masalah kesihatan di kemudian hari berbanding bayi yang dilahirkan sebelum 38 minggu.

9. Hormon semula jadi membantu ibu mendapatkan susu dengan cepat dan banyak.

10. Risiko czer lebih rendah kerana tiada sebarang komplikasi bayi dalam kandungan dan ibu.

RISIKO BERSALIN SEBELUM 38 MINGGU

Sekiranya ibu bersalin sebelum 38 minggu, ini mungkin akan menyebabkan bayi:

tempoh kehamilan penuh

1. JAUNDIS

Lebihan bilirubin dalam darah boleh menyebabkan kulit dan mata kelihatan kuning. Hati mengeluarkan bilirubin daripada darah. Bayi pramatang berisiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit kuning kerana hati tidak berkembang sepenuhnya.

2. MASALAH PERNAFASAN

Semasa dalam rahim, paru-paru bayi dipenuhi dengan cecair yang membantu mereka membesar dan berkembang.

Bayi pramatang lebih berkemungkinan mengalami masalah pernafasan kerana paru-paru mereka mungkin tidak berkembang sepenuhnya semasa bersalin.

3. SAWAN 

Bayi pramatang lebih cenderung mengalami epilepsi dan komplikasi sawan lain di kemudian hari.

4. PENDARAHAN OTAK 

Pendarahan intraventrikular adalah perkara biasa berlaku kepada bayi pramatang. Walaupun kebanyakannya boleh hilang tanpa mendapatkan rawatan tetapi sesetengah kes boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

5. GULA DALAM DARAH RENDAH

Dalam beberapa bulan terakhir kehamilan, bayi membina simpanan glikogen untuk mengawal gula dalam darah.

Bayi pramatang berisiko untuk mengalami masalah gula dalam darah rendah kerana mungkin tidak mempunyai masa untuk membina simpanan glikogen yang mencukupi.

Jangan lupa dapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya ibu bimbang dengan kesihatan bayi dalam kandungan.

Sumber: Healthline, Belly Belly & Healthy Mom & Baby

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×