Persoalan mengenai seks ketika hamil pasti sering bermain dalam fikiran ramai khususnya wanita. Bukan itu sahaja, sesetengah kaum lelaki beranggapan bahawa sekiranya isteri hamil, mereka sudah tidak dapat melakukan hubungan seks seperti biasa selama sembilan bulan.
Jangan risau cik abang semua, sebenarnya boleh melakukan seks ketika hamil cuma adakah aktiviti tersebut itu selamat atau sebaliknya? Jeng jeng jeng, ini jawapanya…
Baca juga: Hati Hati Ibu Bersalin Czer, Ambil Tahu Risiko Ini Jika Pembedahan Dilakukan Lebih 3 Kali
SEKS KETIKA HAMIL NI SEBENARNYA SELAMAT KE TAK?
Ini jawapannya:
SEKS TRIMESTER PERTAMA
Ketika trimester pertama, ada berlaku penurunan dalam seks daripada sebelum hamil hingga ke awal kehamilan. Beberapa perkara mungkin menyebabkan penurunan untuk melakukan seks termasuk:
- Loya
- Keletihan
- Takut keguguran atau membahayakan bayi dalam kandungan
- Kurang berminat
- Ketidakselesaan
- Kejanggalan fizikal
- Takut jangkitan
Sesetengah pasangan mungkin beranggapan seks pada ketika ini akan meningkatkan risiko keguguran tetapi sebenarnya selamat. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
SEKS TRIMESTER KEDUA
Pada trimester kedua, hormon libido wanita meningkat dan ketika ini keinginan untuk melakukan seks semakin ‘membara’. Ketika ini, banyak posisi selamat boleh dicuba antaranya adalah berbaring di sisi (pilihan yang bagus kerana ia mengekalkan berat badan dari belakang dan perut).
Selain itu, boleh cuba posisi ibu hamil berada di atas supaya tidak memberi tekanan pada perut dan sebagai bonus tambahan, ia membolehkan pasangan mengawal kedua-dua kedalaman penembusan dan rangsangan klitoris.
Jangan risau, kekejangan ketika mencapai klimaks bukanlah sesuatu yang tidak kena. Pastikan kekal tenang dan tarik nafas dalam-dalam supaya badan dapat berehat.
SEKS TRIMESTER KETIGA
Menurut Mary Jane daripada Jabatan Obstetrik, Ginekologi, dan Sains Reproduktif seks pada trimester ketiga tidak akan mencederakan bayi kerana dilindungi oleh cecair amniotik dan disekat oleh serviks ibu.
Walau bagaimanapun, tidak dinasihatkan untuk melakukan seks sekiranya mengalami plasenta previa yang mengakibatkan anak lahir pramatang.
Perlu diingatkan sekiranya air ketuban pecah, ia tidak selamat untuk melakukan seks kerana akan menyebabkan jangkitan kuman di saluran kelahiran.
KELEBIHAN SEKS SEMASA HAMIL
Seks semasa hamil boleh memberikan beberapa faedah untuk wanita dan pasangannya seperti:
- Orgasme lebih baik.
- Lebih cergas.
- Ikatan antara pasangan lebih rapat.
- Rangsangan kepada sistem imun.
Elak melakukan seks semasa hamil sekiranya:
1. Masalah serviks yang boleh meningkatkan kemungkinan keguguran atau bersalin awal
2. Mengandung anak kembar.
3. Plasenta previa, di mana plasenta sebahagian atau keseluruhannya menutup pintu serviks.
4. Sejarah bersalin pramatang.
Melakukan hubungan seks semasa hamil tidak akan menyebabkan keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku kerana janin tidak berkembang secara normal.
Sumber: NCT, NHS, Mayo Clinic, Medical News Today & Parents