40 Minggu

Ibu Lebih Berisiko ‘Overdue’ Bila Hamil Bayi Lelaki, Nak Bersalin Cepat Kena Buat Ini

32
SHARES
hamil lebih dari 40 minggu

“Eh, dah hamil lebih dari 40 minggu dah aku ni. Kenapa tak bersalin lagi?”

Mesti perasan cuak tengah membuak-buak di dalam dada memikirkan kenapa masih belum melalui proses bersalin sedangkan usia kandungan sudah mencapai 40 minggu bukan? Bukanlah perkara yang kecil kerana situasi ini boleh mengundang bahaya jika dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Berikut merupakan penjelasan daripada Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia mengenai kehamilan ‘overdue’ yang perlu diberi perhatian.

Baca juga: Mama Boleh ‘Survive’ Morning Sickness Ketika Hamil Kalau Buat 5 Petua Ini, 100% Menjadi!

KENAPA HAMIL LEBIH DARI 40 MINGGU?

hamil lebih dari 40 minggu

Untuk pengetahuan anda yang pertama kali bakal bergelar ibu, tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Namun, ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.

Tetapi, tahukah anda menurut pakar perbidanan, hanya 5% sahaja ibu yang melahirkan bayi tepat pada tarikh jangkaan?  Sekiranya anda mencapai usia kehamilan 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat.

Doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi dan saiznya. Selain itu, bukaan serviks juga diperiksa untuk melihat sama ada ia sudah bersedia untuk proses kelahiran. Menurut Dr Sharina, kehamilan yang selalu mengalami ‘overdue’ adalah kerana ciri-ciri ini:

-Ibu tidak pasti tarikh hari pertama haid terakhir sebelum hamil

-Kehamilan pertama

-Ibu mempunyai sejarah overdue sebelum ini

-Hamil bayi lelaki

-Ibu mempunyai berat badan berlebihan

ADA RISIKO BILA KANDUNGAN OVERDUE

hamil lebih dari 40 minggu

Sudah pasti bila tempoh kehamilan sudah terlebih, ramai dalam kalangan ibu akan menjadi gelabah dan tidak senang duduk. Hal ini kerana, kandungan lebih tempoh ini sudah semestinya sangat berbahaya untuk kesihatan badan si ibu dan juga bayi dalam kandungan. Risikonya adalah seperti:

-Bayi mati dalam kandungan

Fetal distress, apabila bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan

-Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke-40

-Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya

*Jadi, banyak-banyakkan berjalan ya ibu semua supaya cepat sikit proses melahirkan kandungan…

Baca juga: Baca Suraf Yusuf Amalan Popular Ketika Hamil, Rupanya Ada Kelebihan Selain Anak Cantik

Sumber: Mayo Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×