Nur

Jangan Simpan Barang Tak Dipakai Penuh Dalam Rumah, Hati-Hati..Semua Akan Dihisab!

27
SHARES
hisab di akhirat

Sebagai seorang Muslim, pengetahuan mengenai hisab di akhirat adalah sangat penting. Hisab merupakan kiraan bagi setiap amalan manusia semasa di dunia sama ada baik atau buruk, daripada sebesar-besar amalan hinggalah kepada yang kecil. Ini juga termasuklah dengan barang yang disimpan dan tidak digunakan turut akan dihisab di akhirat kelak.

Mungkin ini merupakan aktiviti kegemaran ramai iaitu dengan menyimpan pelbagai koleksi pakaian, pinggan mangkuk atau beg tangan di kediaman sendiri. Sedarlah bahawa tindakan ini akan dipersoalkan jadi bersedekahlah bermula dari sekarang!

Baca juga: Ramai Tak Faham Apa Itu Nusyuz, Rupanya Bukan Isteri Je…Si Suami Pun Boleh!

JANGAN SIMPAN BARANG YANG TAK DIPAKAI, HISAB DI AKHIRAT

hisab di akhirat

Menurut perkongsian dari Aishah Hasnah Arifin di laman Facebooknya menceritakan kembali tentang amalan orang ramai yang suka menyimpan harta benda yang tidak digunakan. Amalan ini sebenarnya ditegah dalam Islam kerana sifat bersedekah diutamakan.

Sahabat,

Kita mencari harta dan kekayaan tidak dilarang dalam agama. Mengumpul dan menghimpun kekayaan itu yang dilarang dan tercela. Peringatan untuk saya, keluarga dan sahabat-sahabat semua juga.

Mungkin ada yang tak tahu, Semoga ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Asma’ Harun dahulu sama-sama kita dapat manfaatnya. Jangan lupa untuk check collection kita.

Keluarkan pinggan mangkuk yang sekadar kita simpan bertahun-tahun untuk hiasan, pakaian, tudung-tudung yang penuh dalam almari, koleksi telekung yang kita sayang,kasut- kasut, periuk belanga, tupperware yang menggunung tersusun cantik, handbag yang pelbagai saiz.

Langsir-langsir, perabot-perabot yang masih dalam stor sayang nak buang, mana yang dah lama kita tak pakai jangan disimpan. Keluarkan. Itu ada hisabnya sahabat..Astaghfirullahal’adzim…Sedekahkan. Perlu ada limit untuk start beli barang baru.

Nak beli yang baru, yang lama terus diberikan, disedekahkan pada yang memerlukan. Jangan simpan lama-lama tak guna ataupun boleh jual preloved dan duit kutipan boleh sedekahkan kepada badan-badan amal.

Secara umumnya setiap nikmat yang kita ada akan dihisab dan dipersoal termasuk segala pakaian, makanan, hatta ilmu pengetahuan pun akan ditanya ke mana amalannya.

KITA AKAN DITANYA MENGENAI EMPAT PERKARA..

hisab di akhirat

Dalam satu soal jawab bersama Majlis Ulama Isma (MUIS) juga menyatakan jawapan berdasarkan hadis iaitu:

“ Tidak akan berganjak dua kaki anak Adam pada hari kiamat nanti hinggalah dia ditanya mengenai empat perkara : mengenai umurnya di mana dia habiskan, mengenai waktu mudanya ke mana digunakan, mengenai hartanya dari mana dia dapatkan dan ke mana dia belanjakan, dan mengenai ilmunya ke mana dia amalkannya

Kemudian dalam al-Quran juga Allah berfirman dalam surah At-Takathur ayat 8:

“Kemudian kamu akan ditanya mengenai nikmat-nikmat (dikurniakan)”.

Jadinya segala apa yang berkaitan dengan kepemilikan kita akan dipersoal ke mana ia digunakan. Tidak salah untuk membeli pakaian baru, atau menyimpan barang-barang tertentu, ia juga sebahagian daripada perkara yang halal yang diizinkan syariat.

Namun dalam berbelanja dan mengumpul harta benda dan aset, ia perlu diseimbangkan dengan kebertanggungjawaban kita di dunia, dan apa pula yang kita sediakan jawapannya di akhirat.

*Tak payahlah shopping banyak-banyak, simpan sahaja duit kita sedekah kepada yang memerlukan..

Baca juga: Jenis-Jenis Tidur Dalam Islam, Kalau Nak Badan Bertenaga Kena Tidur Waktu Nombor 2 Tu!

Sumber: Aishah Hasnah Arifin, MUIS

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×