Doa Qunut Nazilah mempunya maksud ‘Nazilah’ dari segi bahasa ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak. Manakala, dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudarat yang jelas menimpa umat Islam.
Namun, bagaimana caranya untuk membaca Qunut Nazilah ini? Berikut merupakan tatacara yang anda boleh ikut.
Baca juga: Cara Sujud Sahwi Yang Betul, Kalau Tidak Sengaja Terlupa Rukun Solat Boleh Buat
CARA BACA DOA QUNUT NAZILAH
Nazilah ialah doa yang dibacakan setelah ruku’ (sewaktu i’tidal) pada rakaat terakhir solat dan hukumnya sunnah hai’ah (jika terlupa dan tertinggal, tidak perlu sujud sahwi).
Seperti yang ramai ketahui, Qunut ini dilaksanakan kerana ada peristiwa (musibah) yang menimpa, seperti bencana alam atau peperangan. Ada tiga cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1.Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2.Membaca Qunut Nazilah sahaja
3.Membaca Qunut subuh dan diikuti dengan Nazilah
Peringatan juga untuk anda yang solat berjemaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
Bacaan Qunut Nazilah adalah seperti berikut:
ALLâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fi Nuĥuri ‘A‘-Dâ ‘Innâ‚
Wa Na-‘Użu-Bika Min Syuru-Rihim,
ALLâhumma Baddid Syam-Lahum
Wa Farriq Jam-‘Ahum‚
Wa Syattit Kalimata-Hum,
Wa Zal-Zil ‘Aqdâ-Mahum,
Wa Salliţ ‘Alayhim Kalbân Min Kilâbik‚
Yâ Qahhâr‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqimu
Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâh‚
ALLâhumma Yâ Mun-Zilal-Kitâb‚
Yâ Mujriyas-Saĥâb‚
Yâ Hazimal Aĥzâb
Ihzim-Hum. Wan-Şurnâ ‘Alayhim
*Semoga dipermudahkan segala urusan saudara-saudara Islam kita ya..
Baca juga: Buat Kaum Lelaki, Kalau Nak Pilih Bakal Isteri Pastikan Bukan 6 Jenis Perempuan Ini
Sumber: AkuIslam.com