Kewangan

Lelaki Ini Simpan Duit Raya Lebih Awal, Ini Caranya Dapatkan RM1234 Dengan Cepat

2
SHARES

Bila tiba Hari Raya Aidilfitri pasti ramai yang berpusu-pusu menukar wang di bank untuk diberikan kepada saudara mara di kampung. Selain mengeluarkan wang di bank, anda juga boleh cuba menabung dari awal tahun supaya tidak menganggu modal perbelanjaan yang lain seperti yang dilakukan oleh Syahr Musafir.

Baca juga: Cara Menabung Duit Setahun Boleh Dapat RM4436, Guna Teknik Ni!

LELAKI INI SIMPAN DUIT RAYA LEBIH AWAL, INI CARANYA

Jelas Syahr, sikap malasnya itu menyebabkan dia memilih untuk tidak menukar wang duit raya di bank berdekatannya. Setiap hari dia memasukkan wang RM1 sebanyak dua atau lima keping ke dalam tabung. Jika tiada wang kertas RM1, dia akan memasukkan RM5 atau RM10 ke dalam tabung.

Saya ada satu sikap malas nak pergi bank untuk tukar ‘duit raya’ jadi beberapa tahun kebelakangan ini, saya mulai kumpul duit RM1 supaya saya boleh guna sebagai duit raya apabila raya puasa tiba. 

Nak dipendekkan cerita, setiap kali masuk office saya, saya masukkan 1 keping RM1 atau 2 hingga 5 keping RM1 ke dalam tabung. Saya fikir kalau saya istiqamah, saya akan dapat minimum 365 keping RM1 pada hujung tahun. Tetapi ada hari saya tak ada not RM1, saya masukkan saja RM5 atau RM10. 

Katanya, wang kertas yang dimasukkan hanyalah yang elok dan keras sahaja. Dia berjaya mengumpul RM800 sebelum raya tahun 2022.

Selepas raya puasa tahun 2022, dia mula menabung untuk raya tahun 2023 dan sehingga 1 Januari 2023, sebanyak RM1234 berjaya dikumpul.

Saya berjaya kumpul RM800 sebelum raya 2022. Untuk tahun 2022 yang baru berlalu bermula selepas raya puasa, saya mulai menabung semula. Sehingga semalam 1 Januari 2023, petang ini saya keluarkan duit daripada kotak tabung saya dan saya kira. MasyaAllah saya berjaya kumpul RM1234. Alhamdulillah. 

Dalam total itu, ada 684 keping not RM1. Kira settle la ‘stok duit raya’ saya bulan Mac nanti. Tak payah nak pergi tukar duit di bank dah. 

Jadi anak-anak yang datang beraya nanti bakal dapat duit kertas warna biru muda. Jangan tanya berapa keping, itu rahsia. Moga bermanfaat!

Sumber: Facebook Syahr Musafir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×