Nur

Nak Menunaikan Umrah, Ini Tips Packing Barang Jemaah Wanita, Jangan Tertinggal Barang!

40
SHARES
Tips Packing Umrah

Bagi umat Islam yang bakal mengerjakan umrah atau haji, antara persiapan yang perlu dilakukan adalah dari segi ibadah, ilmu dan barang kelengkapan. Jika pertama kali menunaikan umrah, pasti anda terfikir-fikir apa keperluan perlu dibawa terutamanya jemaah wanita.

Risau pula kalau tertinggal barangan keperluan seperti telekung, pakaian dalam dan jubah. Jadi, hari ini kami kongsikan tips packing umrah untuk jemaah wanita agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Memang berguna!

Baca juga: Hati-Hati Dengan Orang Bertalam Dua Muka, Ini Ciri-Ciri Anda Mungkin Tak Sedar

TIPS PACKING UMRAH UNTUK JEMAAH WANITA, JANGAN TERTINGGAL

1. JUBAH

TIPS PACKING UMRAH

Jubah bawa yang biasa sahaja. Kalau yang jenis layer-layer tebal-tebal tu cukup bawa 1-2 pasang. Pakai waktu ziarah, pergi Jabal Rahmah ke, pergi pasar Thaif ke. Jubah biasa ni saya bawa 5 pasang sahaja.

2. TUDUNG& KHIMAR

tips packing umrah

Saya bawa tudung bawal sebab mudah dan seeloknya bawalah yang bidang 50 atau 55. Mudah untuk terus solat. Material pun cari yang tak jarang.

Khimar pun saya bawa 5 helai. Khimar saya pilih yang jenis awning keras terus . So kita tak perlu fikir pasal awning jadi ke tak jadi.

3. SELUAR HITAM 

TIPS PACKING UMRAH

Tolong bawa seluar hitam. Beli material jersey dan cotton. Seluar ni berguna bila kita nak beli jubah di Mekah or Madinah. Jubah di sana banyak jenis terbelah jadi, boleh pakai seluar ni dekat dalam.

4. JUBAH HARIAN

TIPS PACKING UMRAH

Yang ni saya akan pakai untuk aktiviti beribadah dan aktiviti umrah sebab lebih selesa. Bila solat dekat dalam masjid ataupun masa umrah, kita kena cari jubah yang selesa supaya tak mengganggu konsentrasi kita beribadah.

Dengan cuaca panas dan keadaan ramai orang, cari jubah yang mudah untuk bergerak. Bawa enam helai pun dah cukup.

5. HANDSOCKS

TIPS PACKING URMAH

Handsocks sangat penting ye sebab jubah biasa lengan dia besar, jadi masa angkat tangan ketika tawaf nanti lengan jubah melorot nampak aurat.

6. KASUT & SELIPAR

TIPS PACKING URMAH

Saya bawa 3 jenis kasut. Satu kasut sukan untuk kegunaan mendaki di Gua Hira’ ataupun naik Jabal Rahmah. Kedua kasut bergaya. Biasa saya bawa flat shoes je dan ketiga selipar. Pakai untuk pergi masjid, senang nak ambil wuduk dan bergerak kemana-mana.

Jangan lupa bawa beg uncang atau beg plastik sebab bila Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, kita memang akan bawa kasut ke dalam masjid bersama-sama.

7. BAJU TIDUR

TIPS PACKING URMAH

Bawalah apa jenis baju tidur pun, boleh sahaja. Cuma tak perlu bawa banyak sebab kita banyak masa di masjid. Jadi, gilir-gilir sahaja pakai selagi tak busuk. Bawa 4 helai pun dah mencukupi.

8. BARANG-BARANG DALAM & PURDAH

TIPS PACKING URMAH

Saya memang bawa purdah untuk ziarah atau jalan-jalan. Stokin beli yang selesa dan tinggi supaya tak nampak kaki. Anak tudung bawa 3 helai dah cukup. Cari yang selesa dan tak ketat di bahagian telinga. Nanti sakit kepala!

Kain dalam pun kena bawa sebab kita nak pakai jubah kan. Kadang jubah dah pakai elok tapi nampak kaki dekat dalam pula. Barang-barang dalam perempuan bawa secukupnya. Kena kerap tukar sekiranya ada masalah keputihan. Itu dikira najis yang tak boleh dibawa solat.

9. TELEKUNG SOLAT

TIPS PACKING URMAH

Ada orang lebih selesa solat menggunakan khimar tapi saya lebih memilih menggunakan telekung. Saya bawa banyak sebab takut kotor bila berjalan luar masjid. Jadi kena sentiasa tukar telekung untuk solat. Bawa 5 helai telekung sudah mencukupi.

10. MAKANAN DARI MALAYSIA

TIPS PACKING URMAH

Dekat Arab makanan dia agak tawar la. Sedap cuma kurang rasa jadi boleh bawa sos cili atau dan sos tomato. Selain itu, boleh juga bawa sambal hitam, sambal bilis, dan lain-lain untuk kegunaan sendiri.

11. SET BLOUSE

TIPS PACKING URMAH

Saya kurang sikit bawa jubah sebab lagi suka satu set macam ini kerana mudah nak jalan dan sesuai untuk semua jenis aktiviti.

12. BEG

TIPS PACKING URMAH

Saya guna 2 beg . Satu luggage besar dan satu lagi saiz travel. Untuk beg, sila bawa yang tebal dan berkualiti kerana kemungkinan beg pecah agak tinggi. Jangan letak barang terlalu ketat supaya luggage tak mudah pecah.

Selamat menunaikan umrah. Semoga di bawah lindunganNya.

Sumber: Facebook WN Syuhada

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×