DIY & Kraf

‘Memang Jimat & Mudah’- Wanita Kongsi Cara Mudah DIY Umrah Tanpa Agensi Pelancongan

9
SHARES

Lazimnya, apabila menunaikan ibadah haji atau umrah pasti akan melalui pakej yang disediakan oleh agensi-agensi penerbangan di luar sana. Walaubagaimanapun, berikutan peningkatan harga, ramai dalam kalangan kita yang memilih untuk melakukan sendiri ibadah haji dan umrah tanpa menggunakan agensi penerbangan.

Bagi anda yang ingin mencuba melakukan umrah secara DIY tanpa menggunakan sebarang agensi pelancongan, boleh cuba cara yang dikongsi oleh pengguna Twitter bernama Alisa Yusra.

Baca juga: Kos Haji 2022 Cecah Lebih RM25,000, Meningkat 12%!

WANITA KONGSI CARA MUDAH DIY UMRAH TANPA AGENSI

Since saya dah janji, ini adalah cara untuk melakukan umrah DIY (sendiri) tanpa menggunakan sebarang travel agency pada musim covid.

* Tidak digalakkan kepada yang first timer melakukan umrah plus saya bukanlah otai diy, boleh tanya yang lebih berpengalaman juga.

What you need to settle sebelum berlepas:

1. Passport

2. Visa tourist (https://visa.visitsaudi.com)

– Boleh apply visa pelancong dkt website ni and terus bayar, kadar bayaran rm670+ sekarang /pax. Once payment done, tak sampai 5 minit email masuk dah siap visa korang. Visa tourist tu multiple entry selama setahun. Boleh pergi lagi.

3. Flight ticket (skyscanner, traveloka etc)

4. Hotel booking (agoda, http://booking.com etc)

– Tricky sikit bab ni, aku banyak baca lepas booking dah buat. Pegi sana dorang buat-buat tak nampak booking tu. so makesure ambil booking yang dah bayar and print semua bukti.

– Selagi boleh bergaduh, gaduh. jangan kasi muka sangat pak arab sana tapi untuk pengalaman sendiri, booking aku semua ada Alhamdulillah aku suka double check. So aku contact hotel thru email untuk double confirm booking and please, time booking hotel. double check location. jangan la duduk jauh sangat. lagi lagi time bulan puasa masak.

– Madinah: aku ambik , Mirage al salam.

– Mekah: aku ambik Elaf kinda hotel.

*Dua-dua dekat gila dengan Masjid Nabawi and Masjidil haram.

5. Vaksin covid (namun saudi telah mengubah syarat, tak vaksin pun boleh pergi sekarang) kena selalu membaca update terbaru dorang dekat twitter @HaramainInfo

6. Health insurance+covid (Al Khairi Care)

– Masa aku ambik haritu RM280 sorang termasuk penjagaan covid kalau kena dekat sana. Yang ni siapa nak contact number agent aku boleh kasi personal. Disarankan ambik je kita tak tahu nasib kita disana.

7. PCR Test 72 jam sebelum penerbangan (dah tak wajib, depends and refer on airline)

– Masa aku pergi haritu, naik saudia airline. Memang aku contact dengan customer service terus tanya perlu ke tidak PCR. Masa tu memang tak perlu dah. So kena rajin contact airline untuk tahu

8. Daftar Muqeem (maklumat Vaksin covid)

https://arrival.muqeem.sa/#/vaccine-registration/register-visitor?type=VaccinatedVisitor. Boleh pakai website ni, boleh daftar muqeem 5 hari sebelum berlepas. takyah tggu lama lama dah daftar terus boleh print.

Ketika check-in flight

1. Flight ticket

2. Boarding pas

3. Visa

4. Sijil vaksin covid

5. Salinan daftar muqeem

Kalau yang ni, aku print in small sizes compile letak dalam satu file. Senang letak dalam beg. Kita memudahkan org dekat airport dan immigration.

Apps needed to install:

1. Tawakkalna (macam mysejahtera tapi tak ada scan)

2. Eatmarna (untuk booking raudah dan umrah)

Disclaimer: sekarang aku tak sure masih pakai atau tidak dua dua apps ni sebab dah ramai jemaah dkt sana. Tawakkalna memerlukan saudi number. So beli number saudi dulu baru register.

Eatmarna katanya skrg dh boleh register dari malaysia siap-siap. One more important tips, follow group group diy dekat telegram. Semua otai otai yang dah biasa diy dalam tu. Tanya je apa-apa pasti dijawab. Aku pun banyak belajar dalam tu juga.

Sumber: Twitter Alisa Yusra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×