Rakyat

Kos Haji 2022 Cecah Lebih RM25,000, Meningkat 12%!

36
SHARES

Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini akan meningkat kepada lebih RM25,000 berbanding RM22,900 seorang sebelum ini. Hal ini kerana peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Peningkatan 12%  itu mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai yang dinaikkan daripada 5%  kepada 15%  dan beberapa caj perkhidmatan tambahan, tidak mengambil kira pelbagai peningkatan kos dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Baca juga: Arab Saudi Tamatkan Sekatan Covid-19, Mudahkan Umat Islam Ke Tanah Suci

KOS HAJI 2022 CECAH LEBIH RM25,000, MENINGKAT 12%

Memetik laporan Kosmo, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kos haji meningkat berikutan faktor inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan cukai baharu, penambahbaikan perkhidmatan serta pembangunan di Mekah dan Madinah.

“TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan, namun setakat ini TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama.

“TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos meningkat setiap tahun. Dalam tempoh 2001 sehingga 2019, bayaran haji telah meningkat 16 peratus manakala kos haji pula telah melonjak 139 peratus disebabkan faktor luar kawalan TH,” ujarnya.

Jelas beliau juga, kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat berkenaan seperti penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan.

“Kos-kos lain pula termasuklah sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40 hingga 45 hari,” tambahnya.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×