Nur

[VIDEO] Cara Bersihkan Seluar Dalam Sebelum Solat- Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

34
SHARES

Umum mengetahui air kencing adalah salah satu daripada najis dan jika dibawa ke dalam solat, maka hukumnya adalah tidak sah. Hal ini kerana, salah satu syarat sah solat adalah suci daripada najis.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang tak perasan jika terdapat percikan air kencing pada seluar dalam. Oleh itu, satu perkongsian yang telah dimuat naik oleh Tiktok @Shafeeca Arabic Product iaitu ustaz Azhar Idrus telah menjawab pertanyaan daripada salah satu jemaah mengenai cara bersihkan seluar dalam sebelum solat.

Baca juga: Tips Pulihkan Emosi Si Isteri Yang Stres & Sedih, Baru Kekal Harmoni

Bila underware kena air kencing, kita kena basuh. Betul tak?

Basuh itu adakah wajib kita kena pergi dobi, adakah wajib basuh di rumah, di pejabat, tidak sah. Ada sebut dalam kitab fiqh? Dan barang siapa yang hendak solat, lalu pakaian solat terkena air kencing, maka wajib basuh sehingga bersih sebelum mengangkat takbir, jika dia basuh di rumah baru sah, di pejabat adalah tidak sah. Ada tak? Tak ada.

Kan senang sahaja agama Islam. Bila underware kena air kencing, basuh lah bahagian yang kena itu. Baru sembahyang. Dalam basuh najis, wajib tak guna sabun? Tak wajib tetapi sunat sahaja kerana menambah lebih bersih.

Nak tengok basuh kat mana? Basuh bahagian yang terkena air kencing atau najis itu sahaja. Bukan basuh semua. Ini cerita bila bukan berada di rumah. Pastikan basuh lebih sedikit daripada bahagian yang terkena air kencing atau najis. Sah pada syarak.

Underware tersebut perah dan boleh pakai. Sah solat. Tidak perlu tunggu kering tak apa.

Jika tak nak buka underware pun boleh, tarik getah pada underware dan bawa keluar bahagian yang terkena air kencing dan najis itu. Siram dengan air kemudian gosok sikit dan basuhkan lagi sekali dengan air. Sebanyak mana air yang disiram, bermakna sebanyak itu membawa air kencing atau najis itu kurung. Sah pakai syarak.

Jika susah sangat buang sahaja underware itu dan pergi sembahayang seperti biasa.

VIDEO PENUH

@shafeeca_

Nak solat tapi seluar dalam kena air kencing… macam mana nak cuci? #FardhuAin #PengajianFardhuAin #ngajifardhuain #Solat

♬ original sound – SHAFEECA ARABIC PRODUCT – SHAFEECA ARABIC PRODUCT

Sumber: Tiktok SHAFEECA ARABIC PRODUCT

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×