Nur

Tips Pemilihan Pakaian Yang Sesuai Dan Selesa Untuk Wanita Ketika Umrah

265
SHARES

Kepada yang baru pertama kali menerima panggilan dan jemputan ke tanah suci, kadangkala pemilihan pakaian ataupun outfit planning bukan di antara kebimbangan pertama yang ditekankan. Tetapi khusus untuk perempuan, sebenarnya pemilihan pakaian sesuai adalah amat penting untuk memudahkan pergerakan dan keselesaan untuk beribadah di sana.

Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk memilih outfit yang benar-benar sesuai dibawa ke tanah suci. Jangan termakan dengan pemasaran produk yang dijual, sebab boleh jadi ianya langsung tak sesuai untuk ibadah umrah. Baca tips ini hingga habis tau? Tiada lagi pening kepala anda boleh fokus terus kepada mengerjakan ibadah!

1. PEMILIHAN JUBAH, SELESA BERIBADAH, LEBIH BERIBADAH

Sebaiknya, jubah yang dibawa selesa dipakai, tidak meleret dan tidak terlalu nipis atau tebal. Di dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sebenarnya sangat sejuk kerana dipasang penghawa dingin, jadi sebaiknya pakai baju yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Elakkan membawa cardigan atau jaket kerana ini akan membataskan pergerakan kita dan menyusahkan proses mengambil wudhu.

Di Masjidil Haram khususnya, agak sukar untuk mengambil wudhu kerana lokasi tandas dan tempat ambil wudhu yang terletak jauh di luar masjid. Sebaiknya, pilih baju yang sedia wudhu-friendly supaya kita boleh mengambil wudhu menggunakan air yang dibawa di dalam botol.

2.JUBAH SELUAR MEMUDAHKAN PERGERAKAN KE TEMPAT BERSEJARAH

Kami sarankan membawa sekurang-kurangnya satu atau dua pasang jubah seluar atau jubah cardigan yang boleh dipakai bersama seluar di dalam. Ketika di bumi Mekah dan Madinah, kita akan dibawa ke kawasan bukit seperti Bukit Uhud dan Jabal Rahmah. Semestinya jemaah ingin menaiki bukit tersebut untuk menghayati sejarahnya.  Pakailah jubah seluar untuk memudahkan pergerakan dan menjaga aurat ketika mendaki bukit. Kalau ingin memakai jubah biasa, pastikan seluar yang dipakai di dalam tidak ketat ya!

3. TUDUNG INSTANT PELBAGAI GAYA DAN SYARIAH-COMPLIANT

Ini antara keputusan yang paling baik dalam pemilihan hijab umrah. Bawalah tudung sebegini ketika menunaikan umrah ataupun tudung yang memerlukan minimum ironing dan jika dilipat dengan kemas, tak perlu iron pun!

Kadangkala kami ada juga terlihat betapa susahnya jemaah wanita yang berkeras ingin memakai shawl ketika ziarah luar, pening dengan keadaan surau yang tiada cermin kerana terpaksa menanggalkan shawl, memakai telekung, dan kemudian memakai shawl semula. Shawl pula jenis yang berbelit-belit, dan bukan jenis yang senang dipakai!

Sebaiknya, kita ingin memelihara wudhu, dan tudung yang dipakai dibawa terus untuk bersolat, terutamanya ketika berhenti untuk berniat di miqat. Jika perlu ambil wudhu sekalipun, tudung yang dibawa haruslah senang dibuka dan dipakai semula, kerana kadangkala kita digesa untuk cepat di atas kekangan waktu atau mengejar waktu solat fardhu di masjid.

4. MINIMAL IRONING OR NO IRONING, LEBIH FOKUS

Masa yang terluang semestinya kita ingin mengisinya dengan beribadah, bukannya dengan seterika dan tudung dan baju yang sukar di-iron! Walaupun khimar amat digemari untuk dipakai di sana, material yang biasa digunakan untuk membuat khimar sangat tidak iron-friendly dan kadangkala akan memakan masa sebanyak setengah jam untuk di-seterika. memang nampak flowy, sweet dan anggun, tetapi jika tak di-seterika dengan betul, nampak macam longgokan kain yang berkedut-kedut!

Ketika menunaikan umrah, badan kita akan penat dengan tawaf dan saie, ditambah pula dengan tidur yang tidak cukup kerana ingin mengejar masa di masjid untuk beribadah. Masa yang terluang biasanya digunakan untuk berehat secukupnya. Stressnya jika masa berehat kita diambil dengan keperluan untuk iron baju!

5. LIGHTWEIGHT CLOTHES

Biasanya, setiap jemaah diberi had sebanyak 30kg untuk mengisi bagasi. Mungkin kita tidak berniat untuk membeli-belah ketika di tanah suci, tetapi semestinya kita ingin membeli beberapa hadiah buat insan-insan tersayang di tanah air.

Baju yang dibawa juga haruslah agak ringan, dan tidak terlalu tebal sehingga beg yang dibawa menjadi berat. Ini akan menyukarkan kita untuk bergerak, dan kita juga tidak akan dapat mengisi beg dengan pelbagai hadiah seperti kurma dan air zam-zam. Rugi, kan?

Sumber : ELLEZADA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×