“Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…” (Surah al-Ma’idah, ayat 6)- Begitulah cara berwuduk dengan betul…
Apabila bercakap mengenai wuduk tidak memadai berdasarkan teori sahaja. Oleh itu, sebaik-baiknya kita mempelajari secara praktikal agar lebih jelas dan faham. Bukan sahaja kita perlu menjimatkan penggunaan air, malah ada cara yang betul untuk berwuduk dengan sempurna hanya menggunakan secawan air. Tapi cukup ke?
CARA BERWUDUK DENGAN BETUL GUNA HANYA SECAWAN AIR, MEMANG CUKUP!
Sebenarnya air dalam gelas sebesar ini cukup untuk berwuduk dengan sempurna basuhan wajib tanpa meninggalkan segala sunat-sunat wuduk.
Aku tengah fikir macam mana nak pastikan video dan penerangannya tak lebih 2 minit untuk letak dekat Twitter ni. pic.twitter.com/Hoa8184yjM
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) February 8, 2023
Sejujurnya aku tak boleh tidur sebelum aku selesaikan video ni. Aku tak sunting sangat, hanya pecahkan 4 bahagian;
1) Basuh tangan sampai muka
2)Basuh tangan dan sapu kepala
3)Basuh telinga sampai kaki kanan
4) Kaki kanan sampai selesai kaki kiri.
Masih berbaki airnya seperti ada dalam gambar. Ada berberapa sunat yang tinggalkan seperti bersugi, menghadap qiblat dsb. kerana kekangan masa, tapi semua anggota wajib dan sunat dibasuh dan diusap , tiga kali setiap satu.
Nota;
1) Mencelupkan tangan ke dalam bekas untuk dijadikan penceduk air, atau sekadar untuk memindahkan air ke tempat basuhan tidak menyebabkan air jadi musta’mal. Itu disebut sebagai Istighraf, panjang pula bahasannya.
2)Perlu beri perhatian kepada bulu-bulu atau rambut yang tumbuh dalam sempadan muka.
Demikian juga jika berkuku panjang, pastikan tidak ada kotoran di bawah kuku yang boleh menghalang air.
Nota tambahan:
1)Berkumur-kumur (madhmadhah) dan menghirup air ke dalam hidung (istinsyaq) boleh dibuat sekaligus ataupun berasingan, kedua-duanya sabit dari hadith serta selari dengan mazhab As Syafi’iy
2)Begitu juga mengusap sebahagian kepala…
3) Sekiranya seseorang berambut panjang, tidak sah sekiranya dia hanya mengusap bahagian rambut yang menjulur bawah dari kepala sahaja, mesti diusap bahagian yang masih di kepala sahaja. Senang cerita, tak boleh usap hujung ekor rambut sahaja. Moga bermanfaat, video penuh ada di bawah.
Berwuduk Sempurna Dengan Segelas Air
Sejujurnya aku tak boleh tidur sebelum aku selesaikan video ni.
Aku tak sunting sangat, hanya pecahkan 4 bahagian;
1) Basuh tangan sampai muka
2)Basuh tangan sampai sapu kepala
3)Basuh telinga sampai kaki kanan https://t.co/881FMgkJPr pic.twitter.com/ffsuLKmQ0Q— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) February 8, 2023
Sumber: Twitter @MohammadFaeezHarith