Nur

Usah Panik, Ini 10 Perkara Anda Perlu Buat Bila Ada Ahli Keluarga Baru Meninggal Dunia

47
SHARES
cara urus jenazah

Hidup dan mati itu semuanya bergantung kepada aturan Allah SWT dan kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita. Kehilangan orang yang tersayang khususnya kematian ahli keluarga sendiri seperti ibu dan ayah merupakan antara perit yang perlu ditanggung dan persediaan awal haruslah dilakukan. Tapi macam mana cara urus jenazah yang betul?

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang akan terkejut dan keliru namun inilah apa yang anda perlu buat apabila ada ahli keluarga meninggal dunia. Al-Fatihah…

Baca juga: Isu Mungkir Janji Untuk Berkahwin Boleh Tuntut Di Mahkamah Sivil Tak?

KEMATIAN AHLI KELUARGA? INI CARA URUS JENAZAH

cara urus jenazah

Berikut merupakan 10 perkara yang anda perlu titikberatkan dalam mengurus ahli keluarga yang baru sahaja meninggal dunia. Perlu diingatkan bahawa aurat jenazah perlulah dijaga dengan sebaiknya.

1. Tanggalkan bajunya. Susah nak buka kalau sendi dah keras.

2. Urut tulang sendi jenazah guna minyak kalau simpan mayat semalaman. Elak keras.

3. Kalau terus nak mandikan, tak payah urut minyak. Susah nak bilas (minyak).

4. JANGAN TUTUP PAKAI KAIN BATIK LEPAS. Banyak orang buat. Benda tu nipis, nampak lekuk badan wanita.

5. Selimut je guna comforter. Pastu bolehlah letak kain batik atas tu.

6. JANGAN BAGI sesiapa buka muka walau kawan baik (sebelum mandikan). Masa tu aurat mayat terdedah.

7. Buat ikatan guna perca kain kat tiga bahagian sendi utama jenazah.

• Bahagian Kepala: Tak dimasuki binatang (nganga). Jangan ikat dagu. Ikat kat bawah rahang.

• Bahagian Tangan: Lipat seperti tengah solat.

• Bahagian Kaki: Rapatkan kaki dan ikat antara kedua-dua betis.

8. Kalau yang sakit, JANGAN BUKA tampalan kalau ada tebukan di hospital. Contoh leher (dialisis), perut dsb.

• Kalau dibuka masa mandi, plaster semula.

• Ada pengalaman, lepas siap kafan, darah keluar dari situ. Nampak ngeri sebab leher mayat penuh darah. Aib kat arwah.

9. Ambil ukuran tinggi dan lebar mayat untuk beri kepada penggali kubur + tukang buat keranda kayu (jika ada).

10. Maklumkan Bahagian Khairat Kematian Masjid. Kalau ada bayar Khairat Kematian, mereka buat free (mandi, kafan, kebumi). Kalau tak join, ready duit dlm RM1500.

Pengalaman uruskan jenazah, ada sendi dah keras, bau kurang menyenangkan, mulut ternganga, mata terbuka dll masa nak mandikan. Ya, tahu  tengah sedih, tapi kena urus juga. Lap tisu basah, bersihkan lipatan kat badan dan lain-lain.

Taknak orang asing nampak aib arwah mak ayah kita. Urusan jenazah ni berkaitan dengan MARUAH & AIB. Ia perlu dijaga sebaiknya. Sebab itu kitorang yang urus jenazah suka kalau waris sendiri yang buat dan kami guide.

JENAZAH PAKAI GIGI PALSU, BRACES MACAM MANA?

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi persoalan dalam ciapan tersebut yang berjaya dijelaskan dengan baik iaitu mengenai jenazah yang memakai gigi palsu dan braces. Bukan itu sahaja, penggunaan kapas yang diletakkan di hidung dan telinga jenazah juga ditanya sama ada perlu ataupun tidak.

cara urus jenazah

*Anak Sulung kena lebih bersedia. Anak Lelaki sebaiknya tahu solatkan jenazah. Bersedia dari sekarang.

Sumber: Twitter Faisal Rahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×