Nur

Isu Mungkir Janji Untuk Berkahwin Boleh Tuntut Di Mahkamah Sivil Tak?

39
SHARES
proses cerai selangor

Dah berjanji untuk berkahwin tetapi tetap dimungkiri? Mungkin ramai dalam kalangan kita yang pernah berhadapan dengan situasi sebegini apabila semuanya tidak berakhir dengan kebahagiaan. Tetapi, tahukah anda bahawa mungkir janji untuk berkahwin menjadi persoalan ramai sama ada isu ini boleh dituntut di mahkamah sivil atau tidak?

Nampaknya ramai yang ingin tahu, jadi ini merupakan perkongsian informasi dari Twitter @nas_rahmann menceritakan bahawa adalah isu sebegini akan mendapat perhatian dari pihak mahkamah.

Baca juga: Amal ‘Doa Pengasih’ Ini Agar Kita Mencintai & Dicintai Kerana Allah

MUNGKIR JANJI UNTUK BERKAHWIN: BOLEH TUNTUT DI MAHKAMAH SIVIL ATAU TIDAK?

Hari ini Nas Rahman & Co. mewakili pihak Pemohon di Mahkamah Rayuan bagi memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Rayuan untuk suatu kes mungkir janji untuk berkahwin antara pasangan Muslim.

Secara ringkasnya, Pemohon dan Responden merupakan bekas pasangan kekasih. Responden ada membuat janji kepada Pemohon untuk berkahwin dengannya. Janji untuk berkahwin ini tidak diketahui oleh keluarga masing-masing. Tiada sebarang majlis pertunangan diadakan. Tiada persiapan untuk berkahwin pun. Hanya janji semata-mata dan akhirnya janji dimungkiri.

Pemohon failkan saman di mahkamah sivil terhadap Responden. Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi membatalkan saman Pemohon dengan alasan bahawa … isu antara Pemohon dan Responden ini adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Secara spesifiknya, Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu pertunangan.

Kes ini merupakan kes pertama yang seumpamanya di Malaysia yang sampai ke peringkat ini. Oleh itu, pihak kami berpandangan bahawa kes ini wajar diputuskan di Mahkamah Rayuan kerana apa-apa keputusan kes ini sudah pasti dapat memberikan manfaat kepada masyarakat Islam di Malaysia ini.

PUTUS TUNANG BOLEH TUNTUT DI MAHKAMAH

Persoalan undang-undang yang kami kemukakan kepada Mahkamah Rayuan adalah:

1) Sama ada mungkir janji untuk berkahwin semata-mata termasuk di bawah definisi pertunangan dalam Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003?

2) Sama ada Pemohon akan dibiarkan tanpa remedi sekiranya mahkamah sivil tidak dapat mendengar tuntutan Pemohon kerana tiada persiapan dan perbelanjaan perkahwinan berlaku?

Panel 3 Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mendapati bahawa ada persoalan undang-undang yang wajar diputuskan oleh mahkamah dan lantas Notis Usul Kebenaran Merayu Pemohon dibenarkan.

Alhamdulillah.

Bukan itu sahaja, menurut kepada hasil perbicangan di laman Twitter, ramai juga yang bertanyakan mengenai isu putus tali pertunangan dan pihak peguam menjawab isu ini boleh dibawakan ke mahkamah. Pihak yang berkaitan boleh mendapat tuntutan di mahkamah syariah jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati.

Sumber: Twitter @nas_rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×