Nur

Amal Doa Ini Agar Sentiasa Dekat Dengan Allah, Hidup Lebih Tenang

12
SHARES

Dalam kehidupan pasti pelbagai cabaran perlu dilalui untuk merasai kemanisan. Antara cabaranya adalah kekurangan wang, kesedihan, kesihatan dan lain-lain. Sebagai umat Islam, jalan penyelesaian untuk masalah ini adalah dengan berdoa kepada Allah SWT kerana tiada Tuhan melainkan Allah.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Ustazah Asma’ Harun, berikut merupakan satu doa yang boleh diamalkan selalu agar sentiasa dekat dengan Allah dan memiliki hati yang tenang.

Baca juga: Betul Ke Syaitan Masuk Rumah Yang Tak Tutup Pintu Ketika Waktu Maghrib?

AMAL DOA INI AGAR SENTIASA DEKAT DENGAN ALLAH

Ada satu doa yang boleh kita amalkan daripada kisah Sahl Ats-Tsauri, ketika berumur tiga tahun, beliau sering bangun malam dan melihat bapa saudaranya bangun malam melakukan qiamullail (solat malam).

Suatu hari, bapa saudaranya membangunkan Sahl Ats-Tsauri sambil berkata, “Bangunlah nak, tidakkah engkau berzikir mengingati Allah yang telah menciptakanmu?” Kemudian, Sahl bertanya, “Bagaimanakah caranya aku berzikir mengingati Allah?” 

Bapa saudaranya menjawab:

قُلْ اللّٰهُ مَعِي

“Ucapkan, Allah sentiasa bersamaku,” 

اللّٰهُ نَاظِرِي

Allah sentiasa melihatku,

اللّٰهُ شَاهِدِي

Allah sentiasa memperhatikanku.

“Ucapkanlah bacaan itu sebanyak tiga kali pada setiap malam.” 

Setelah satu tahun melakukan amalan tersebut, bapa saudaranya berkata, “hafalkan terus apa yang aku ajarkan kepadamu dan berzikirlah dengan istiqamah sampai kamu masuk ke liang kubur. Sesungguhnya zikir itu bermanfaat bagimu di dunia dan akhirat.”  

Moga-moga dengan mengamalkan doa ini, kita dapat merasai kesan bahawa Allah benar-benar bersama dan hanya kepada Allah kita memohon pertolongan pengharapan. Mudah-mudahan kita semua dipilih Allah untuk masuk ke SyurgaNya tanpa dihisab tanpa diazab. Allahumma ameen.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×