Famili

“Kenapa Tak Beli Yang Popular?”- Tetamu Tegur Kek Sambutan Hari Jadi Rasa Pelik

16
SHARES
SAMBUTAN HARI JADI

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali tiba tarikh hari lahir pasti ada sambutan hari jadi bersama keluarga tersayang. Pelbagai hidangan makanan akan disajikan seperti kek.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi segelintir insan yang suka mengeruhkan suasana gembira dengan menghina makanan dihidangkan oleh tuan rumah.

Baca juga: Bosan Asyik Bagi Hadiah Masa Hari Guru, Jom Buat 50 Idea Ini, Cikgu Rasa lebih Dihargai

SAMBUTAN HARI JADI DISINDIR KERANA HIDANG KEK BIASA

SAMBUTAN HARI JADI

Menerusi aplikasi X, seorang pemuda ada berkongsi kisah di mana ketika melakukan sambutan hari jadi bersama keluarga, ada seorang insan yang tegur mengenai kek tersebut.

Jelasnya, insan tersebut bertanya mengapa kek yang dihidangkan bukan daripada jenama kek popular.

Menurut pemuda tersebut, sambutan sebelum ini sememangnya akan dihidangkan kek jenama popular itu. Namun disebabkan mereka baru sahaja mengalami krisis kewangan, terpaksa membeli kek lain.

“Tambah masa dia komen tu, keluarga kitorang memang tengah dalam proses pemulihan daripada krisis kewangan. Lebih terkilan, sememangnya setiap kali sambutan kami akan memilih kek jenama popular tersebut.”

Meskipun menerima komen sebegitu ketika sambutan, dia dan keluarga tetap gembira serta bersyukur dengan kek tersebut kerana itu merupakan satu kenangan tidak dapat dilupakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berkongsi kisah yang sama dan tidak kira jenama apa kek tersebut, sambutan bersama keluarga antara perkara paling bermakna dalam kehidupan.

“Ucap tahniah, doakan bahagia sudah cukup. Kalau tak boleh cakap baik-baik, diam sahaja.”

*Apa-apa yang dihidangkan oleh tuan rumah, jangan komen ya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bimbang Anak Tak Fokus Bila Kelas Terlalu Ramai & Padat, Ini 5 Cara Ibu Ayah Boleh BUAT

Sumber: X Risksaidon

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×