Nur

“Jangan Berharap”- Ibu Ayah Elak Ugut Dengan ‘Lesen’ Berkat Bila Anak Yang Dah Kahwin Tak Bagi Duit

2
SHARES
NAFKAH WAJIB SUAMI

Antara isu sering kali dibincangkan adalah mengenai nafkah wajib suami selepas berkahwin. Hal ini kerana ada sesetengah ibu bapa yang masih meminta wang anak lelakinya untuk meneruskan kehidupan.

Walau bagaimanapun, menerusi Facebook milik Hamizan Zulkifli, dia menjelaskan bahawa nafkah wajib suami adalah isteri dan anak sahaja. Ini bermakna, ibu ayah di luar sana tidak sepatutnya mengugut anak dengan keberkatan sekiranya mereka tidak memberi wang.

Baca juga: Rupanya IBU AYAH Punca Anak Kuat Bergaduh, Lihat 5 Perkara Ini Selalu Anda Buat!

NAFKAH WAJIB SUAMI HANYA ISTERI DAN ANAK

NAFKAH WAJIB SUAMI

Sebelum kahwin dulu pernah tanya mak masa dalam kereta, apa pandangan beliau tentang anak bagi duit dekat mak ayah lepas dah kerja dan kahwin?

Mak jawab: “Nafkah utama seorang suami itu pada isteri dan anak dia. Ibu ayah ini bukan tanggungan anak kecuali kalau mereka adalah miskin tegar.

Kalau anak nak bagi duit dekat mak ayah pun, itu adalah hadiah, bukan kewajipan dan bukan hutang. Dalam masa yang sama pasti ada kebaikan untuk si anak tu.”

Sesetengah mak ayah sangat berharap anak-anak dapat kerja bagus supaya boleh jadikan anak sebagai sumber pendapatan masa tua nanti. Pegangan ini sebenarnya salah dan tak boleh dijadikan kiblat.

Bila dah ada anak, kami suami isteri selalu bincang tentang masa depan si kecik kami dan saling peringat supaya jangan hidup untuk anak.

Maksud jangan hidup untuk anak adalah bila dia dah besar, jangan berharap untuk dia jaga kita masa tua nanti. Jangan berharap dia perlu berbakti kepada kita secara paksa. Kita fokus bina bekalan untuk hadap hari kematian saja. Jangan ajar juga dia hidup untuk ibu bapa.

Hakikatnya anak hanyalah pinjaman. Suatu masa nanti dia akan ada akal dan prinsip hidup tersendiri. Walaupun kita didik dia sebaik mana sekalipun, andai Allah merentap keluar hidayah dari hati, nescaya mereka tetap derhaka (na’uzubillah)

Tapi ingatlah, amat besar ganjarannya untuk anak yang berbakti kepada ibu bapa. Sama ada yang bagi duit mengikut kemampuan apatah lagi yang menjaga ibu bapanya yang tua secara fizikal.

Allah akan bagi ‘cash’ sejak di dunia lagi. Bab bagi duit, memang tak tercabut keberkatan kalau tak memberi, tapi pasti menjemput keberkatan jika diberi.

Bagi anak yang berbakti, ketenangan luar biasa akan mengalir dalam hati depa walaupun waktu tu kita yang dah tua akan mula kembali seperti budak-budak; cerewet, kuat merengek, cepat terasa hati atau tak matang.

Hidup bukan untuk anak, bukan untuk ibu bapa. Tapi untuk Allah SWT.

Baca juga: “Mengalir Air Mata Tengok…” – Pakcik Bertongkat Datang Nak Jual Telefon, Terdesak Demi Rawatan Kaki

Sumber: Facebook Hamizan Zulkifli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×