Asuh

Rupanya IBU AYAH Punca Anak Kuat Bergaduh, Lihat 5 Perkara Ini Selalu Anda Buat!

6
SHARES
ANAK KUAT BERGADUH

Anak kuat bergaduh sudah pastinya cabaran terbesar sebagai ibu ayah. Situasi ini kadang kala berpunca daripada diri ibu bapa sendiri kerana sering terlepas pandang beberapa hal.

Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebook, sekiranya tidak mahu perangai anak kuat bergaduh makin menjadi-jadi, jangan amalkan 5 perkara ini.

Baca juga: Edry Kecewa Anak Autisme Dimaki Ketika Berada Di Restoran, “Dia Cuma Nak Rasa Hidup Normal”

JIKA TAK NAK ANAK KUAT BERGADUH, JANGAN BUAT 5 PERKARA INI

ANAK KUAT BERGADUH

Jika tak nak anak-anak makin kuat bergaduh sampai ke tua, ibu ayah jangan buat 5 perkara ini.

1. Cepat melenting dan menengking anak

Perkara pertama sekiranya tidak mahu anak kuat bergaduh sehingga tua adalah jangan cepat melenting atau menengking anak. Hal ini kerana perselisihan faham antara anak itu adalah normal disebabkan skil mereka masih lemah.

2. Anak kuat bergaduh – ibu ayah tak adil

Selanjutnya, ibu ayah jangan amalkan sikap membela salah sorang sahaja. Sebaiknya tidak membela sesiapa pun dan berikan hukuman jika benar-benar bersalah.

Sebaiknya anda faham dahulu situasi sebenar dan bantu anak komunikasi sesama mereka.

3. Jangan jadi pengadil

Seterusnya, anak kuat bergaduh disebabkan sikap ibu ayah yang gemar menjadi pengadil untuk menentukan siapa salah dan betul.

Percayalah cakap saya, sekali kita jadi pengadil, sampai bila-bila anak perlukan kita jadi pengadil. Puncanya kerana ibu ayah tak ajar mereka selesaikan salah faham tersebut dengan sendiri.

4. Anak kuat bergaduh – banyak hasutan merepek

Jika tidak mahu anak makin kuat bergaduh, jangan tambah kebencian antara adik beradik dengan hasutan merepek. Sebagai ibu ayah, sepatutnya anda merapatkan silaturrahim mereka supaya dalam keadaan susah ia boleh jadi lebih rapat.

5. Buruk sangka

Akhir sekali adalah jangan wujudkan suasana buruk sangka, cemburu dan busuk hati. Hal ini kerana anak kecil tiada masalah hati dan sebagai ibu ayah tunjukkan sikap positif.

5 perkara ini paling penting untuk diambil berat untuk elakkan anak kuat bergaduh sehingga hari tua. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ada RISIKO Jika Anak Selalu Tidur Lambat Tapi Bangun Cepat, Jangan Biasakan…

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

Kredit imej: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×