Famili

“Mengalir Air Mata Tengok…” – Pakcik Bertongkat Datang Nak Jual Telefon, Terdesak Demi Rawatan Kaki

14
SHARES
RAWATAN DIABETES

Tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang pakcik tua datang ke kedai gajet untuk menjual telefonnya bagi membiayai rawatan diabetes.

Menerusi video berdurasi kurang tiga minit itu, dapat dilihat pakcik tersebut memakai baju berwarna putih dan jalan terjengket-jengket ketika memasuki kedai tersebut.

Baca juga: Edry Kecewa Anak Autisme Dimaki Ketika Berada Di Restoran, “Dia Cuma Nak Rasa Hidup Normal”

VIRAL JUAL TELEFON UNTUK RAWATAN DIABETES, RAMAI SEBAK

RAWATAN DIABETES

“Hari ini, saya mengalami satu kejadian yang sangat menyentuh hati. Seorang pelanggan datang ke kedai saya dengan membawa Xiaomi 13 untuk djual.

“Selepas bertanya, barulah saya tahu bahawa dia ingin menjual telefonnya untuk mendapatkan wang bagi merawat kakinya. Kakinya mengalami luka yang teruk akibat diabetes, dan dia tidak ada pilihan lain selain menjual telefonnya untuk mendapatkan rawatan,” luahnya.

Tambahnya, selepas mendengar kisah tersebut, pemilik kedai mengambil keputusan untuk memberikan wang bagi mendapatkan rawatan tanpa perlu menjual telefon.

“Apabila mendengar kisahnya, air mata saya hampir mengalir. Akhirnya, saya berkata kepadanya, “jangan jual telefon awak. Saya akan beri awak wang untuk merawat kaki awak.” Pada saat itu, dia menangis teresak-esak mendengar apa yang saya katakan,” jelasnya.

Boss Lee Oe turut memesan warga emas berkenaan sekiranya menghadapi sebarang masalah, boleh datang ke kedai atau menelefon dirinya bila-bila masa sahaja.

“Saya juga memberitahunya bahawa jika dia menghadapi kesulitan, dia boleh datang ke kedai saya atau hubungi saya bila-bila masa. Sebenarnya, mash ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan. Saya hanya mampu membantu setakat kemampuan saya. Semoga sahabat ini diberi kesembuhan dan kesejahteraan,” ujarnya.

Video tersebut sudah pastinya mendapat ratusan ribu tontonan di media sosial dan rata-rata turut bersimpati dengan keadaan pakcik tersebut.

Tindakan pemilik kedai gajet itu dipuji warganet kerana tidak semua orang akan melakukan perkara yang sama.

“Susah nak jumpa bos yang baik macam ini. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa dan urusan pakcik ini dipermudahkan. Mengalir air mati bila tengok video ini,” tulis pengguna media sosial.

Baca juga: Gara-Gara Sering Diejek Oleh Rakan, Budak 8 Tahun Stres Sampai Kerap Terkencing Dalam Seluar

Sumber: TikTok Boss Lee Oe

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×