Asuh

“Biar Lambat Asal Ada Kesedaran” – Ibu Gembira Dah 7 Hari Berjaya Buat Anak Tak Ketagih Tengok TV

1
SHARES
ANAK KETAGIH TV

Anak ketagih televisyen antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu bapa dan ia sudah tentunya merisaukan kerana akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan fizikal dan sosial. Menerusi perkongsian seorang ibu di laman TikTok, tidak mudah untuk kurangkan anak ketagih tv.

Baca juga: Gara-Gara Sering Diejek Oleh Rakan, Budak 8 Tahun Stres Sampai Kerap Terkencing Dalam Seluar

ANAK KETAGIH TV: IBU GUNA CARA INI, DAH 7 HARI BERJAYA

ANAK KETAGIH TV

Dapat dilihat melalui video berdurasi kurang dua minit itu, anak lelaki wanita itu menangis teresak-esak kerana tidak dapat menonton televisyen.

Jelas si ibu, Zayn mula menonton televisyen seawal usia 7 bulan dan kini sudah berusia 2 tahun 1 bulan. Pendedahan terlalu awal ini telah menyebabkan anak ketagih tv.

“Minta maaf sayangku, andai mommy tak sempurna menjadi ibu yang terbaik buat Zayn. Biar kita ada kesedaran untuk ubah hari ini berbanding kita terlambat untuk ubah segalanya yang akan datang. Menyesal hari esok tiada gunanya,” luah si ibu.

Antara kesan negatif yang dapat dilihat oleh ibu terhadap Zayn adalah dia mula memberontak dan kuat memberi arahan untuk menukar saluran televisyen lain.

Tindakan negatif ini membuatkan Eyda mengambil keputusan untuk tidak memberikan pendedahan televisyan kepada Zayn.

Sepanjang 7 hari tanpa pendedahan televisyen, Zayn kelihatan mula belajar bermain dengan mainannya walaupun dapat dilihat ‘kekusutan’ di wajahnya.

“Doakan saya terus istiqamah untuk tak buka televisyen. Dalam 6 hari ini emosi Zayn semakin stabil dan tidur pun lena. Harap-harap Allah permudahkan segalanya,” luah si ibu.

Baca juga: Ibu Sangka Si Anak Naik Ruam Akibat Serangga, Rupanya Terkena Jangkitan Ini Sampai Cirit Birit

Sumber: TikTok Eyda Kmrzman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×