Asuh

5 Sebab Anak Anda Patut Tahu 2 Bahasa. Tengok TV Pun Boleh Belajar!

87
reads
kelebihan belajar bahasa asing

“Ni mesti pengaruh tengok Youtube banyak sangat, cakap bahasa Inggeris bukan main ‘berhabuk’. Hmmm, sebenarnya baguslah, rasanya banyak kelebihan belajar bahasa asing. Aku sendiri pun terkial-kial nak ‘speaking’. Tapi, nanti orang cakap anak aku ni berangan nak jadi Mat Salleh pula.”

Sekarang ni memang biasa kita tengok anak-anak kecil didedahkan dengan bahasa asing kerana dah ada banyak sumber.

Kalau di Malaysia, yang paling popular tentulah bahasa Inggeris selain bahasa Arab atau bahasa Cina. Kita pun mesti ‘excited’ bila tengok keletah anak-anak artis seperti Erra Fazira dan Tomok yang sangat fasih berbahasa Inggeris.

Oleh kerana anak kecil tak kisah apabila mereka didengarkan dengan kartun-kartun yang berbahasa asing, maka kita patut rebut peluang ini agar mereka terbiasa.

Kenapa? Sebenarnya ada banyak sangat kelebihan belajar bahasa asing dan manfaatnya bagi otak mereka tau!

kelebihan buah kelapa

Bilakah Bayi Mula Mengenal Bahasa?

Kajian neurosains mendedahkan bahawa bayi mula mempelajari bunyi-bunyi tertentu dalam sesebuah bahasa ketika mereka berada dalam kandungan lagi!

Tapi, yang paling mudah dikenalpasti tentulah bahasa yang sering dipertuturkan oleh ibunya.

Bukan itu saja, bayi baru lahir berupaya membezakan 800 bunyi-bunyian dan mampu belajar apa sahaja bahasa yang didedahkan kepada mereka. Dalam tempoh 1 tahun pertama, otak mereka akan memproses bahasa yang paling sering didengari agar mudah dipelajari oleh mereka apabila semakin besar nanti!

bayi cepat bercakap

Foto Kredit: popsugar.com

5 Kelebihan Belajar Bahasa Asing Untuk Anak Kecil

Ini 5 kelebihan belajar bahasa asing untuk anak kecil, tidak kiralah bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Korea, atau apa-apa bahasa yang anda selesa.

1. Cepat ‘Tangkap’

Cepat dapat, cepat faham, memang pada usia awal inilah otak mereka ibarat span! Inilah kebolehan semulajadi anak kecil yang bersifat suka meniru gaya melalui persekitaran mereka.

Otak mereka telah direka khas untuk menerima dan mempelajari bahasa asing dengan mudah dan lancar pada 3 tahun pertama dalam hidupnya.

Rugilah kalau tak mula awal kerana kajian yang dilaporkan oleh Frontiers Academy mendapati apabila mencecah usia 8-12 tahun, kebolehan semulajadi ini akan semakin berkurang.

Kalau diberi tengok gajet, cepat betul mereka ‘tangkap’ bahasa Inggeris kan? / Foto Kredit: kitoksvaikas.lt

2. Otak Lebih Kreatif

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kemahiran bahasa ini juga menjuruskan anak-anak kepada banyak kebolehan lain.

Antaranya:

  • lebih mahir menyelesaikan masalah
  • dapat berfikir secara kritis dan kreatif
  • minda lebih fleksibel
  • memori lebih baik
  • dapat belajar ‘multi-tasking’ dengan baik

3. Pencapaian Akademik Yang Lebih Tinggi

Oleh kerana otaknya mampu mempelajari semua kebolehan yang disebutkan di atas, ia menjadi asas yang kukuh untuk memperkembangkan bakat serta keupayaan akademik mereka.

Hasilnya, anak bilingual ini didapati mampu mencpai markah yang tinggi dalam ujian matematik, ujian-ujian lain, dan terutamanya ilmu bahasa!

tips anak yang bijak

Foto Kredit: leiturainfantil.com.br

4. Berfikiran Terbuka

Anak-anak yang didedahkan kepada bahasa asing umumnya akan bersikap lebih terbuka.

Ini kerana mereka memahami dan menghargai budaya luar melalui bahasa yang mereka fahami.

Selain itu, mereka juga mempunyai perspektif yang lebih mendalam terhadap sesuatu suku kaum, adat, geografi, dan perkara-perkara lain yang mungkin ‘asing’ dalam budaya kita.

Kelebihan belajar bahasa asing ini dapat membangunkan nilai kemanusiaan yang tinggi selain menjadikan mereka  seorang yang lebih kompetitif.

kelebihan belajar bahasa asing

Foto Kredit: readbrightly.com

5. Mampu Menyumbang Kepada Masyarakat

Siapa sangka, dengan pendedahan awal dan usaha yang berterusan, anak anda mampu menjadi seseorang yang hebat.

Saya tertarik dengan sebuah kisah yang diceritakan dalam artikel di akhbar Utusan Malaysia.

Ia menceritakan bahawa Rasulullah meminta Zaid yang ketika itu berusia 11 tahun untuk belajar bahasa Yahudi.

Lalu, Zaid melaksanakan perintah itu dengan tekun dan mula mempelajari bahasa Yahudi secara bertutur dan juga tulisan.

Kemudian, Zaid berkata: “Tidak berlalu setengah bulan, aku sudah menguasai bahasa ini. Aku lalu menjadi penulis Rasulullah apabila baginda mengirimkan surat kepada mereka.”

Selain Zaid, difahamkan juga bahawa Rasulullah dikelilingi oleh ramai para sahabat yang mampu menguasai pelbagai bahasa asing seperti bahasa Parsi, bahasa Rom, dan bahasa Habsyah (Etiopia). Semua ini menjadi nadi dalam membantu menjalinkan hubungan silaturrahim di samping menyebarkan dakwah Islam ke seluruh dunia.

Hebatnya!

bkelebihan belajar bahasa asing

Foto Kredit: vestnikkavkaza.net

Jangan Risau, Mereka Tak Akan Terkeliru

Ada antara kita yang risau sekiranya anak terlalu banyak didedahkan dengan bahasa Inggeris, mereka akan kurang keupayaan untuk berbahasa Malaysia. Tak pasal-pasal, ada yang malu apabila dikecam kerana anak Melayu sendiri ‘pelat’ berbahasa Malaysia.

Bertenang! Ini adalah tanggapan yang salah.

Malah, kajian telah membuktikan bahawa anak yang didedahkan dengan 2 bahasa ini mempunyai kebolehan yang sama dengan anak yang boleh bertutur 1 bahasa dengan fasih. Yang membezakannya adalah keyakinan mereka untuk bertutur dalam bahasa tersebut.

Dengan sedikit masa dan praktis, mereka sebenarnya mampu untuk bercakap dalam kedua-dua bahasa dengan lancar.

Jadi, rugilah kalau beri mereka peluang dan memanfaatkan kelebihan belajar bahasa asing sejak kecil!

 

Yang Popular

To Top