Menerusi perkongsian seorang ibu di media sosial dikenali sebagai Fara Azimie, dia meluahkan rasa sedih apabila si kecilnya mengalami jangkitan mycoplasma yang difahamkan sering berlaku ketika musim tengkujuh.
Pada mulanya dia hanya menggangap ruam di badan disebabkan gigitan serangga namun sebaliknya apabila pihak hospital mendapati terdapat kuman dalam darah anak perempuannya.
JANGKITAN MYCOPLASMA PUNCA ANAK WANITA INI RUAM DAN CIRIT
Jelasnya, suhu anaknya naik mendadak dan membuatkan dia bertindak untuk bawa ke klinik. Namun, keputusan di klinik menjelaskan itu hanya perkara biasa.
Walau bagaimanapun, perasaan tidak sedap hati membuatkan Fara dan suami membawa Aisyah ke hospital untuk pemeriksaan lebih mendalam.
“Jangkitan mycoplasma, tolong ambil tahu mengenai kuman ini. Cerita dia macam ini, Aisyah bangun pagi macam biasa tetapi bila masuk tengah hari suhu dia naik 38 dan Fara terus bawa ke klinik.
“Fara ingat Aisyah hanya kene gigit serangga sahaja sebab keputusan darah di klinik elok. Namun, suami Fara suruh bawa pergi hospital. Jadi, jam 3.30pm, Fara pecut bawak Aisyah ke hospital.
“Allahu. Nasib baik fara cepat. Aisyah dijangkiti mycoplasma pneumonia dan doktor beritahu kuman ini memang kuat lagi-lagi musim tengkujuh. Dia merebak dari orang yang batuk dan bila Aisyah pegang tempat tersebut, kuman masuk dalam darah,” ujarnya.
Tambahnya juga, simptom jangkitan mycoplasma ini adalah suhu demam tinggi, ruam, batuk, selesema dan lain-lain.
“Jangkitan ini pun dia akan ada simptom suhu tinggi, ruam, batuk , selesema , muntah dan cirit birit. Buat ibu-ibu di luar sana, Fara rasa lebih baik tak payah bawa anak beli barang dapur atau apa-apa aktiviti di luar kerana ramai yang batuk di luar tetapi tak pakai pelitup muka.
“Tolong jaga kesihatan kerana bukan bayi sahaja yang boleh berjangkit. Pantau anak masing-masing tak kisah umur berapa. Kalau demam suhu tinggi dan ada simptom seperti di atas, bawa hospital jangan tunggu-tunggu.
“Fara dan suami memang ambil kira bab kebersihan anak tapi nak buat macam mana, anak kecil suka pegang merata tempat. Mungkin barang yang dia pegang itu ada kuman,” katanya.
Baca juga: 2 Punca Kakak Wanita Ini Meninggal Ketika Mengandung, Wanita Usia 30 Ke Atas Kena Baca!
Sumber: Facebook Fara Azimie