40 Minggu

2 Punca Kakak Wanita Ini Meninggal Ketika Mengandung, Wanita Usia 30 Ke Atas Kena Baca!

13
SHARES
RISIKO MENGANDUNG

Menerusi pengguna Facebook dikenali sebagai Faridah Mohd Fatah, dia ada menceritakan mengenai risiko mengandung yang dialami oleh arwah kakaknya sehingga meragut nyawa ibu dan anak dalam kandungan.

Dia turut memberi peringatan kepada wanita di luar sana agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil tahu mengenai risiko mengandung pada usia 30 tahun ke atas terutamanya jika memiliki bacaan BMI tinggi.

Baca juga: Cara Buat Urutan Kesuburan Agar Wanita Cepat Hamil, Ini Ikhtiar Paling Mudah

RISIKO MENGANDUNG USIA 30 KE ATAS, RAGUT NYAWA KAKAK

RISIKO MENGANDUNG

Perempuan BMI tinggi, berusia 30an dan mengandung atau nak mengandung sila baca ini.

– Arwah kakak saya tak ada darah tinggi, tak ada kencing manis yang teruk.

– Buat pemeriksaan di klinik kesihatan dan hospital juga ikut waktu yang ditetapkan.

Isnin, arwah kakak saya baru sahaja check up di klinik kesihatan dan semuanya bagus seperti biasa. Tiba-tiba, jumaat malam kakak saya tiba-tiba pengsan dan terkena sawan pada usia kandungan 8 bulan.

Di hospital, arwah kakak saya dalam keadaan masih belum sedarkan diri, terpaksa buat pembedahan kecemasan untuk selamatkan bayi.  Arwah koma selama 5 hari kemudian meninggal dunia.

Wakil jururawat dan doktor yang jaga arwah sepanjang hamil datang dan tanya tentang kes arwah. Doktor kata berdasarkan buku pink, hanya disebabkan 2 benda sahaja iaitu:

  • BMI arwah tinggi
  • Mengandung pada usia 36 tahun

Dalam masa beberapa minggu, berat arwah naik mendadak 4.3kg dan disebabkan itu, doktor suruh arwah untuk jaga makan supaya berat tak naik terlalu banyak.

Jadi ibu mengandung/bakal mengandung sekiranya anda ada 2 risiko seperti di atas, tolong, jaga berat badan. Tak perlu pun ada kencing manis.

Ini bukan kes main-main sebab ramai pandang enteng. Semoga kes arwah jadi pengajaran dan mampu selamatkan nyawa-nyawa yang lain.

Mohon semua sedekahkan al-Fatihah buat bidadari syurga kami yang syahid melahirkan Sata Dewi Ningsi dan Ryaz Safwan Bin Irawan Rizwan yang meninggal selepas 14 hari bertahan.

Baca juga: Walaupun Bukaan Bersalin Baru 2cm, Tak Semestinya Boleh Balik Rumah. Doktor Jelas Sebabnya…

Sumber: Facebook Faridah Mohd Fatah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×