Asuh

Ibu Tak Pernah Halang Anak ‘Berkarya’ Di Dinding Rumah, Hasil Memang Kreatif!

5
SHARES

Sudah menjadi naluri anak kecil untuk meluahkan kreativiti mereka melalui contengan. Tidak kira sama ada atas kertas, papan putih atau pun dinding, asalkan ada ruang yang mereka nampak mesti akan menconteng.

Letaklah sebesar mana kanvas di depan mata mereka, akan terpahat juga lukisan mereka di merata tempat terutama di dinding rumah. Alahaiii anak!

Baca juga: Jangan Marah Bila Anak Conteng Dinding, Ada 7 Manfaat Ramai Tak Tahu

IBU TAK PERNAH HALANG ANAK ‘BERKARYA’ DI DINDING RUMAH

Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa sekarang sudah terbuka dalam membiarkan anak-anak mereka meluahkan kreativiti walaupun dinding rumah menjadi pilihan. Selain, mahu anak berasa kebebasan dalam berkarya dan menyerlahkan potensi mereka.

Begitu juga buat si ibu ini, Puan Khairunisa Mamat. Beliau dan suaminya tidak menghalang dan membiarkan dengan berbesar hati, dinding rumahnya menjadi tapak contengan anaknya, yang kini telah menginjak usia 8 tahun. Mari ikuti kisah beliau.

TIDAK PERNAH RASA MENYESAL BIARKAN DINDING DICONTENG ANAK

Alhamdulillah ramai betul yang ambil berat dengan dinding rumah saya. Terima kasih.

Ada yang tanya memang saya biarkan saja ke anak conteng dinding? Jawapannya Ya.

 Alhamdulillah saya dan suami sepakat dalam hal ni. Mula-mula saya serabut jugak, tapi suami suruh bagi peluang pada anak berkarya.

Anak saya ni start conteng dinding masa dia umur 3 tahun, sekarang umur dia 6 tahun. Sepanjang 3 tahun ni boleh lihat perkembangan dari segi lukisan dia.

Walaupun kita tengok macam contengan biasa, tapi sebenarnya setiap apa yang dilukis ada cerita/watak disebaliknya. Dinding ini dah selamat di cat dengan cantik pun, sebab ni rumah sewa dan telah dipulangkan pada tuannya.

Anak saya pun dah tak conteng dinding sebab dah cerdik sikit, dia lukis atas kertas. Saya share hasil lukisan dia dari 3 tahun sampai sekarang.

Menyesal tak bagi anak conteng dinding? Jawapan saya Tak.

HASIL PERKEMBANGAN KARYA ANAK BELIAU

Kebanyakkan yang dia lukis sini gambar ultraman.

Yang ini masa 4 tahun. Ultraman kontot pegang pedang.

Lukisan ini masa dia umur 5 tahun, Ejen Ali.

Ini gambar terbaru 6 tahun, Naruto.

Yang ini Hatake Kakashi. Saya tak kenal watak-watak ni. Dia yang bagitahu.

IBU BAPA BERSEPENDAPAT MENGENAI TINDAKANNYA

Melihat komen-komen di perkongsian beliau, ramai ibu bapa yang bersependapat dan memilih untuk membiarkan anak-anak mereka menconteng di dinding. Asalkan tidak menconteng di rumah orang lain. Hasilnya, anak-anak mereka telah pandai melukis dan mewarna.

Terdapat juga komen yang memuji lukisan anak Puan Khairunisa.

Malah, ada juga individu yang berkongsikan pengalaman mereka sendiri ketika kecil dan jadikan ianya sebagai memori terindah dalam hidup.

Anak-anak yang suka menconteng di dinding ini, banyak memberi manfaat buat mereka. Antaranya dapat melatih kekuatan otot, mengekspresi diri, mengkoordinasikan pergerakan tangan dan mata dan pelbagai lagi.

Apabila sudah membesar, anak-anak sudah pasti boleh berfikir dan memilih tempat contengan yang sepatutnya. Contengan di dinding sewaktu kecil, boleh jadi memori pengalaman hidup apabila mereka membesar kelak.

Bila diimbas kembali, dapat juga menjadi kisah kelakar dan memori indah untuk dikongsikan kepada anak cucu dan kawan-kawan.

Tambahan pula, lain orang lain cara mengajar anak, asalkan tidak memudaratkan biarkan sahaja.

Sumber: Facebook Khairunisa Mamat via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×