Seorang pelajar tingkatan Satu dilaporkan hilang selepas dipercayai tidak memasuki sekolah walaupun telah dihantar ke sebuah sekolah menengah di kawasan Likas pada awal pagi Isnin.
Remaja perempuan berkenaan, Gwynne Mia Erbin, kali terakhir dilihat ketika dihantar ke sekolah kira-kira jam 5.55 pagi. Namun, pihak keluarga mendapati dia tidak hadir ke sekolah seperti kebiasaannya dan keberadaannya sehingga kini masih belum diketahui.
Baca juga: Betul Ke Bila Letak Ibu Sebagai Penama KWSP Boleh Buat Isteri & Anak Hilang Hak Terus?
PELAJAR TINGKATAN SATU HILANG SELEPAS HANTAR KE SEKOLAH

Menurut maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, usaha mengesan remaja terbabit sedang giat dijalankan selepas laporan kehilangan dibuat.
Gwynne Mia Erbin dilaporkan mempunyai ciri fizikal berbadan sederhana, berkulit cerah, berketinggian sekitar 155 sentimeter, bermata coklat, berkening tebal serta berambut hitam pendek.
Ketika kali terakhir dilihat, remaja itu memakai pakaian seragam sekolah jenis pinafore berwarna biru, kasut putih dan membawa beg sekolah berwarna putih bercorak bunga.
Pihak keluarga turut berusaha mencari remaja berkenaan dengan membuat hebahan dalam kalangan komuniti serta kumpulan WhatsApp keluarga, namun masih belum menerima sebarang maklumat mengenai lokasinya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan Gwynne Mia Erbin supaya tampil membantu siasatan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada IPD Kota Kinabalu menerusi talian 088-529222 atau menghubungi Inspektor Kamarul Rashdan Suffian Long di talian 014-8458490.
“Kerjasama orang ramai dalam membantu mengesan penama amatlah dihargai,” menurut kenyataan IPD Kota Kinabalu.
Sumber: Sinar Harian
