Euforia Bola 2026
40 Minggu

Suami Nelydia Senrose Syukur Timang Cahaya Mata Lelaki, Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Isteri Selepas Bersalin

SUAMI NELYDIA SENROSE

Suami Nelydia Senrose, Mohd Hafez Halimi, menzahirkan rasa syukur dan penghargaan buat isterinya selepas selamat melahirkan cahaya mata lelaki mereka pada 26 Julai 2026.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Datuk Mohd Hafez menyifatkan Nelydia sebagai wanita paling kuat dan paling tabah yang pernah dikenalinya selepas menyaksikan sendiri proses kelahiran anak sulung mereka.

Baca juga: Berjuang Dalam Diam, Selena Gomez & Celine Dion Antara Selebriti Dunia Yang Menghidap Penyakit Autoimun

SUAMI NELYDIA SENROSE SYUKUR, ISTERI SELAMAT BERSALIN

SUAMI NELYDIA SENROSE

Menurutnya, menyaksikan sendiri perjuangan isterinya melalui setiap detik kesakitan ketika proses melahirkan anak merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Dia turut mengakui isterinya menunjukkan keberanian luar biasa walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang proses kelahiran.

“Semalam, saya menyaksikan wanita paling kuat dan paling cantik yang pernah saya kenali. Melihat awak berjuang melalui setiap kesakitan dan cabaran untuk membawa anak lelaki kita ke dunia ini dengan selamat adalah sesuatu yang akan saya kenang seumur hidup,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, dia turut menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan yang dilakukan isterinya sepanjang tempoh kehamilan dan proses melahirkan.

Katanya, isterinya bukan sahaja melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat, malah telah menghadiahkan perkara paling bermakna dalam hidupnya apabila melengkapkan keluarga kecil mereka.

DIBANJIRI UCAPAN TAHNIAH..

SUAMI NELYDIA SENROSE

Hafez turut meluahkan rasa syukur kerana Allah SWT telah memakbulkan doa yang dipanjatkan selama ini dengan mengurniakan seorang cahaya mata lelaki dalam keadaan kedua-duanya selamat.

“Alhamdulillah, Allah dengan segala rahmat-Nya telah menjawab setiap doa yang kami panjatkan selama ini. Dia mengurniakan kami seorang bayi lelaki yang sihat dan yang paling penting, menjaga keselamatan kamu berdua,” katanya.

Perkongsian itu menerima pelbagai ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang turut mendoakan agar bayi serta kedua-dua ibu bapanya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan membesarkan cahaya mata mereka.

Baca juga: “Tolonglah Tanam..”- Kucing Dibuang Merata Jadi Mangsa Anjing Liar, Penduduk Bangi Rayu Hentikan Tindakan Kejam Ini!

Sumber: Instagram Mhafezhalimi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×