Pernahkah anda sedang melayari Facebook, tiba-tiba muncul gambar lama atau video sebagai cadangan untuk dikongsi semula kepada pengguna media sosial.
Fungsi tersebut dikenali sebagai Camera Roll Sharing Suggestions direka bagi memudahkan pengguna berkongsi semula foto atau video yang disimpan dalam galeri telefon ke Facebook.
Baca juga: Kesan Karat Pada Lantai Susah Hilang? Ini 9 Cara Paling Menjadi Dikongsikan Warganet, Boleh Try!
GAMBAR LAMA MUNCUL SEMULA DI FACEBOOK, INI CARA NAK OFF

Walaupun kelihatan seperti ciri biasa, ramai pengguna tidak menyedari bahawa tetapan ini membolehkan aplikasi mengakses kandungan dalam camera roll bagi memaparkan cadangan ketika anda menggunakan Facebook.
Apabila fungsi ini diaktifkan, Facebook boleh memaparkan foto dan video daripada galeri telefon sebagai cadangan untuk dimuat naik atau dikongsi.
Ia bukan bermaksud semua gambar dalam telefon akan dipaparkan kepada orang lain atau dimuat naik secara automatik ke Facebook.
Sebaliknya, fungsi ini hanya menghasilkan cadangan berdasarkan akses yang diberikan kepada aplikasi. Tetapan ini juga boleh dihidupkan atau dimatikan pada bila-bila masa mengikut pilihan pengguna.
Cara Semak Tetapan Camera Roll Sharing Suggestions

Sekiranya anda ingin memastikan fungsi ini diaktifkan atau tidak, anda boleh menyemaknya melalui aplikasi Facebook dengan langkah berikut:
1. Buka aplikasi Facebook.
2. Pilih Settings & Privacy.
3. Tekan Settings.
4. Cari Camera Roll Sharing Suggestions.
5. Matikan fungsi tersebut jika anda tidak mahu menerima cadangan daripada galeri telefon.
Selain itu, anda juga disarankan untuk menyemak semula kebenaran akses foto yang diberikan kepada aplikasi Facebook melalui tetapan telefon.
Lindungi privasi digital anda
Dalam era digital, menjaga privasi bukan sekadar menetapkan akaun kepada mod peribadi. Pengguna juga perlu mengetahui aplikasi yang mempunyai akses kepada maklumat dan fail dalam peranti mereka.
Menyemak tetapan seperti Camera Roll Sharing Suggestions secara berkala dapat membantu mengurangkan risiko kandungan sensitif muncul pada waktu yang tidak dijangka, sekali gus memberi lebih kawalan terhadap privasi digital anda.
Baca juga: Tikus Asyik ‘Ceroboh’ Rumah? Wanita Ini Kongsi Cara Pasang Jaring, Memang Berkesan Untuk Halang!
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
