Buat anda yang tidak tahu, terdapat beberapa jenis tawaf dalam menunaikan umrah atau haji dan ia bergantung kepada situasi para jemaah.
Memahami setiap perbezaan jenis tawaf adalah penting agar ibadah melakukannya dengan sempurna selain diterima oleh Allah SWT.
Baca juga: Adab Makan Sambil Bercakap Sebenarnya Sunnah? Ini Penjelasan Ustaz…
KENALI 5 JENIS TAWAF SEMASA TUNAIKAN UMRAH ATAU HAJI

Kredit: Ikhlas
1. Tawaf Qudum
Tawaf Qudum adalah tawaf ketibaan yang wajib dilakukan apabila jemaah haji dalam perjalanan dari di luar sempadan Miqat, tiba di Masjidil Haram.
Tawaf ini wajib dilakukan bagi semua jemaah haji yang tiba dengan niat mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran sebelum Wuquf pada 9 hari bulan Zulhijah.
2. Tawaf Umrah
Tawaf Umrah adalah tawaf yang mesti dilakukan oleh orang yang mengerjakan umrah diluar musim haji dan niat untuk menunaikan haji tamattu’. Jika tidak, maka tidak sah umrah yang dikerjakan. la boleh dilakukan berkali- kali mengikut kemampuan.
3. Jenis tawaf – Tawaf al-Ziyarah/Tawaf al-Ifadah
Jenis tawaf ini dipanggil sebagai Tawaf Haji atau Tawaf Ziarah. la dilakukan oleh jemaah haji pada 10 Zulhijah (bermulanya selepas separuh malam 10 Zulhijah). Meninggalkan dengan sengaja atau tidak akan menyebabkan ibadah haji anda tidak sempurna.
4. Tawaf Sunat
Tawaf ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan niat memperoleh reda Allah SWT. Tawaf ini kebiasaanya dilakukan sementara menunggu waktu solat fardu atau sesudah solat berjemaah di Masjidil Haram.
5. Tawaf Wada
Jenis tawaf yang terakhir adalah tawaf selamat tinggal di mana para jemaah melakukannya sebelum berangkat pulang. Bagi yang melakukan haji, tawaf ini boleh dilakukan sejurus mengerjakan ibadah haji.
Tawaf Wada wajib dilakukan oleh jemaah umrah dan haji sebelum mereka meninggalkan kota Mekah terutama yang melebihi 2 marhalah.
Semoga artikel mengenai jenis tawaf ini memberi manfaat buat anda semua dan segala ibadah diterima olehNya.
Baca juga: 12 Jenis Puasa Dalam Islam Berserta Niat Yang Boleh Diamalkan, Boleh Tambah Ladang Pahala
Sumber: Alam Shah Travel
Kredit imej: Unsplash