Nur

Doa Nabi Sulaiman Tundukkan Haiwan Berbisa & Buas Serta Doa Lain. Mari Manfaatkan!

26
SHARES
doa nabi sulaiman

Berada dalam keadaan genting seperti berhadapan dengan haiwan berbisa atau buas memang amat membimbangkan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk melindungi diri termasuklah mengamalkan doa Nabi Sulaiman ini.

Doa Nabi Sulaiman bukan sahaja merangkumi untuk menjinakkan haiwan, malah terdapat doa-doa lain yang boleh anda semua amalkan juga. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tips Cebok Kemaluan Wanita Dengan Betul, Baru Suci Bersih & Segar!

doa nabi sulaiman

Gambar: Tiktok Mohd Amir Faizal

1. Menjinakkan haiwan

Nabi Sulaiman dikurniakan banyak mukjizat daripada Allah SWT, salah satunya ialah dapat bercakap dengan binatang. Nabi Sulaiman boleh bercakap dengan burung dan semut dan memahami apa yang haiwan ini inginkan daripada manusia.

Berikut adalah doa Nabi Sulaiman untuk menundukkan binatang yang dianjurkan untuk dibaca ketika berhadapan dengan binatang buas yang berbahaya. Doa ini juga boleh dibaca sejurus sebelum menyembelih haiwan bagi memudahkan proses penyembelihan. Berikut bacaannya.

doa nabi sulaiman

doa nabi sulaiman

Innahuu min Sulaimaana wa innahuu bismil laahir rahmaanir rahiim. Bismillah hirrahmani rahiim, allaa ta’luu alayya wa’tuunii muslimin.

Ertinya: “Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)'”. (QS. An-Naml ayat 30 & 31)

Baca juga: Ikhtiar BATAL SIHIR, Baca 7 Surah Dalam Al-Quran Ini Setiap Pagi & Petang!

2. Memohon kelancaran rezeki

Nabi Sulaiman dikatakan memohon kepada Allah SWT agar diberikan harta yang melimpah ruah. Doa ini boleh diamalkan untuk memohon kelancaran rezeki kepada Allah SWT.

doa nabi sulaiman

Qala rabbigfir li wa hab li mulkal la yambagi li ahadi mim ba’di innaka antal wahhab.

Katanya: ” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya “. (QS. Shaad ayat 35)

3. Ketika memperoleh nikmat

Bukan sahaja ketika memohon rezeki yang lancar, Nabi Sulaiman juga sentiasa berdoa apabila mendapat nikmat daripada Allah SWT. Doa ini diucapkan oleh Nabi Sulaiman ketika diangkat menjadi nabi dan rasul, memiliki kekuatan jasmani untuk mengalahkan orang yang zalim, memiliki harta dan kerajaan yang besar, dan menjadi raja yang dicintai oleh rakyatnya.

doa nabi sulaiman

Wa laqad ataina dawuda wa sulaimana’ilma, wa qalal-hamdu lillahillazi faddalana ‘ala kasirim min ‘ibadihil mu’minin.

Ertinya: Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman”. (QS. An-Naml ayat 15)

Baca juga: Teks Selawat Nabi Versi Jawi & Rumi Serta Audio & PDF, Sempena Maulidur Rasul!

4. Agar tetap memiliki rasa syukur

doa nabi sulaiman

Gambar: Shutterstock

Nabi Sulaiman sedar bahawa segala yang dimilikinya adalah pemberian Allah SWT. Oleh itu, Nabi Sulaiman tidak mahu hilang rasa syukur atas kurniaan kurniaan Allah SWT. Berikut adalah doa yang dipanjatkan oleh Nabi Sulaiman memohon agar beliau dijadikan hamba yang sentiasa bersyukur.

doa nabi sulaiman

Fa tabassama dahika ming qauliha wa qala rabbi auzi’ni an asykura ni’matakallati an’amta alayya, wa ala walidayya wa an a’mala saliha tardahu wa adkhilni birahmatika fi’ibadikas salihin.

Ertinya: Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.(QS. An-Naml ayat 19)

5. Mengusir jin

Selain harta yang melimpah ruah dan kebolehan bercakap dengan binatang, Nabi Sulaiman juga mempunyai mukjizat kerana dapat berkomunikasi dengan jin. Seperti yang diketahui, kewujudan jin boleh menjadi gangguan kepada manusia. Nabi Sulaiman membaca doa untuk menghalau jin. Doa ini juga digunakan untuk orang yang dirasuk jin sehingga hari ini.

doa nabi sulaiman

Gambar: AkuMuslim

Allohumma adkhilna fi suri sulaimana wa mulki sulaimana minal masyriqi ilal maghrib bi dzatihi wa shifatihi wa af’alihi wa quwwwatihi.

Ya robba jibrila wa mikaila wa isrofila wa ‘azroila. Wa mulku sulaimana minal masyriqi ilal maghribi,jinnan wa insan wa rihan wa ghomaman,tasliman katsiron. Wasubhanahu wa ta’ala jalla jalaluhu wa kamaluhu ‘aliman.

Ya iblisu… (3x) wasy syayathinu sakinan fizhulumati.

Robbana taqobbal minna du’a`a sulaimana, wa shollallohu ‘ala sulaimana wa ‘ala sa_iril anbiyai birohmatika ya arhamar rohimin.

Ertinya: “Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan nabi Sulaiman, dan nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya. Selamat sejahterakanlah kami wahai Tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan beserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah Ta’ala yang Maha Mulia, kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas nabi Sulaiman, juga ke atas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya”.

Baca juga: Doa Anak Lambat Bercakap, Ikhtiar Cara Ini, InsyaAllah Lancar Mulut Si Kecil Bertutur

Sumber: Liputan 6

FT Image: radarutara.id / fdncms.com / SainsKompas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×