Sihat

‘Muda-Muda Pun Rambut Beruban’- Ketahui Punca & Cara Elak Rambut Beruban Di Usia Muda

8
SHARES

“Muda-muda pun rambut dah beruban, macam mana ni….”

Portal Hello Doktor ada berkongsikan tentang jawapan mengenai persoalan tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ikuti penerangannya seperti berikut. Rambut adalah mahkota wanita, namun bagi kaum Adam mahkota mereka terletak pada janggut. Lagi gah tersusun rapi, lagi banggalah dipamerkan! Bayangkan jika ada uban di usia muda.

Tentu malu, bukan? Alamak, apa punca rambut beruban sebenarnya? Adakah tanda proses penuaan atau berkait dengan masalah kesihatan?

KENAPA RAMBUT, JANGGUT BERUBAN?

Janggut atau rambut, mana satu beruban dahulu? Uban terjadi apabila tahap melanin rendah dalam folikel rambut anda. Melanin ialah sejenis pigmen yang memberi warna kepada rambut dan kulit anda. Seiring dengan pertambahan usia, penghasilan melanin daripada folikel akan berkurangan dan menyebabkan rambut berubah warna keperangan, putih atau beruban.

Jika anda sudah beruban, ingatlah anda tidak keseorangan. Satu kajian mendedahkan sebanyak tiga perempat lelaki berumur 45-65 tahun mempunyai uban. Dari sudut saintifik, janggut anda tumbuh lebih cepat berbanding dengan rambut. Oleh itu, ramai yang akan perasan uban di janggut mereka terlebih dahulu berbanding di kepala.

Punca janggut ada uban di usia muda

Walaupun uban sering dikaitkan dengan lelaki berusia, tetapi ia mampu berlaku dalam kalangan orang muda juga. Satu kajian membuktikan ia mampu berlaku dalam kalangan lelaki berusia 20-30 tahun dan digelar sebagai beruban secara pramatang. Selain penuaan semula jadi, uban juga boleh disebabkan oleh faktor genetik, pemakanan dan masalah kesihatan.

1. Genetik

Beruban berkait rapat dengan genetik anda. Ia terdapat dalam gen anda di mana tubuh gagal menghasilkan melanin selepas beberapa tahun.

Oleh sebab ia turun-temurun, anda boleh meramalkan bilakah uban akan tumbuh pada diri anda dengan melihat janggut ayah atau datuk anda. Jika mereka mempunyai uban di usia muda, kemungkinan besar anda akan mengalami keadaan yang sama.

2. Kekerapan penumpukan hidrogen peroksida pada folikel rambut

Punca kedua yang menyebabkan uban di usia muda ialah penumpukan hidrogen peroksida yang kerap di folikel rambut anda. Hidrogen peroksida bertindak sebagai agen pemutihan yang menghilangkan pigmentasi pada janggut anda.

Kebiasaannya, sel-sel mengandungi hidrogen peroksida dalam jumlah yang kecil, dikawal selia oleh enzim catalase yang bertanggungjawab untuk memecahkan elemen itu menjadi air dan oksigen sahaja.

Apabila anda bertambah tua, tubuh tidak menghasilkan jumlah enzim yang sama menyebabkan pengumpulan hidrogen peroksida di folikel rambut anda.

Hal ini akan menyekat proses sintesis melanin, meninggalkan janggut yang dilunturkan oleh hidrogen peroksida dan menyebabkan uban.

3. Stres punca beruban?

Stres tidak menyebabkan uban terjadi secara langsung. Namun, ia boleh mencetuskan satu keadaan perubatan iaitu telogen effluvium di mana rambut gugur 3x ganda lebih cepat daripada kebiasaan. Walaupun rambut gugur lebih cepat dalam keadaan ini, tetapi ia tidak menyebabkan kebotakan.

Uban berkemungkinan terjadi dalam kalangan lelaki pertengahan umur yang mengalami masalah pertumbuhan rambut yang terlalu cepat selepas keguguran akibat stres.

4. Merokok

Satu kajian dijalankan pada tahun 2013 membuktikan kaitan merokok dan beruban secara pramatang. Perokok berpotensi mendapat keadaan ini 2x ganda setengah lebih daripada bukan perokok. Selain itu, merokok juga dikaitkan dengan masalah kebotakan kerana rokok mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan sel-sel rambut anda.

5. Masalah kesihatan

Walaupun uban sering dikaitkan dengan usia anda, tetapi kadang-kadang uban menunjukkan penyakit, terutama jika berlaku uban di usia muda. Masalah kesihatan yang mungkin menunjukkan uban sebagai gejala ialah:

-Kekurangan vitamin B12

-Neurofibromatosis

Penyakit turun-temurun ini menyebabkan ketumbuhan pada saraf dan pembentukan kulit dan tulang yang luar biasa.

-Tuberous sclerosis

Penyakit turun-temurun yang jarang berlaku, boleh menyebabkan ketumbuhan benigna di sebilangan organ seperti otak, jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan kulit.

Penyakit tiroid

-Vitiligo

Penyakit ini menyebabkan sel-sel yang menghasilkan melanin musnah, disebabkan oleh imun badan sendiri.

-Alopecia areata

Sejenis penyakit di mana tompokan rambut boleh hilang, terutama sekali rambut berwarna normal. Ia boleh menyebabkan pesakit lebih peka akan uban yang sedia ada. Bila pertumbuhan rambut berlaku, ia mungkin menjadi uban, tetapi warna normal rambut akan kembali kemudiannya.

Pencegahan uban di usia muda

Jika punca beruban ialah genetik atau proses penuaan, tiada pencegahan yang dapat mencegahnya. Namun, sesetengah punca boleh dicegah sama sekali.

1.Berhenti merokok

2.Mengubah pemakanan anda

3.Diet yang kaya dengan vitamin B12 seperti makanan laut, telur, daging merah dan sayur-sayuran hijau. Masukkan makanan yang kaya dengan antioksidan ke dalam diet anda seperti buah-buahan, sayur-sayuran, teh hijau, minyak zaitun dan ikan.

4.Menguruskan tekanan anda dengan lebih elok seperti bersenam, melakukan aktiviti yang anda minati dan sebagainya.

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×