Nur

Cara Bersihkan Air Mani & Mazi Pada Cadar Atau Kain, Nak Solat Nanti Tak Ada Rasa Waswas!

22
SHARES
air mani dan mazi

Air mani dan mazi merupakan salah satu kepelbagaian air yang terdapat di tubuh badan manusia, dianugerahkan oleh Allah SWT. Selain kedua-dua air tersebut adalah air nanah, air wadi, air kencing dan air liur basi.

Orang Muslim wajib mengetahui segala jenis air yang ada pada tubuh manusia agar dapat membezakan status sucinya.  Hal ini kerana, ada dalam kalangan umat Islam yang masih kabur tentang hukum-hukum yang terdapat pada setiap air tersebut.

Baca juga: Hukum Anak Angkat Lelaki Yang Tidak Disusukan, INGAT Tak Boleh Cium Jenazah Ibu

AIR MANI DAN MAZI CARA MEMBERSIHKAN DI TILAM

air mani dan mazi

Gambar: freepik

Namun, pada kali ini air mani dan mazi merupakan topik yang akan difokuskan di bawah.

Selain merungkai perbezaan kedua-dua air ini yang mempunyai tekstur seakan sama sehingga menimbulkan kekeliruan umat, terdapat juga penjelasan cara membersihkannya agar ibadat dapat dilakukan dengan sah.

Baca juga: Wanita Jelaskan Konsep Taaruf Bersama 15 Proses, Buat Sebelum Setuju Untuk Nikah!

Maksud air mani dan air mazi

Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila sampai kepada kemuncak syahwat.

  • Bukan najis tetapi kena mandi hadas untuk menunaikan ibadat yang diharamkan ketika berhadas besar.
  • Air mani lelaki kebiasaannya berwarna putih likat seperti hingus, ia keluar ketika seseorang itu rasa nikmat yang tidak terhingga sehingga memancut.
  • Manakala, air mani perempuan pula lebih cair dari air mani lelaki dan ia berwarna putih.
  •  Menurut mazhab Syafie air mani adalah suci dan tidak mengandungi najis kerana Rasulullah SAW menggunakan pakaiannya yang terkena air mani tersebut untuk solat.

Air mazi adalah sejenis cecair jernih kekuningan yang keluar daripada kemaluan lelaki dan wanita disebabkan rangsangan ketika permulaan syahwat dengan keadaan sedar ataupun tidak.

  • Air mazi keluar dengan cara tidak memancut dan tidak mengalami keletihan.
  • Ia boleh keluar disebabkan pandangan yang memberangsangkan seperti melihat aurat wanita.
  • Malah, air mazi juga keluar ketika seseorang membuang air besar ataupun kecil.
  • Cecair mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi semasa tidur, apabila dia terasa sesuatu cecair telah keluar.
  • Para ulama bersepakat dengan menyatakan bahawa air mazi ini adalah najis mutawassitah.
  • Air mazi juga boleh membatalkan wuduk dan tidak boleh dibawa solat.
  • Bagi orang yang mengeluarkan mazi tidak diwajibkan mandi hadas seperti keluarnya mani, tetapi dia wajib menyucikannya sehingga bersih.

Baca juga: Boleh Ke Kain Kafan Jenazah Selain Warna Putih? Ustaz Cakap Harus Kalau Kena Syarat Ini!

CARA MEMBERSIHKAN AIR MANI & AIR MAZI

1. Air mani yang kering dan masih basah

Air mani yang kering ataupun menempel pada pakaian, hendaklah menyucikannya dengan cara mengikis dengan kuku ataupun alat-alat yang lain. Setelah dikikis, cucikan pula dengan air sehingga bersih.

Cara mencuci mani yang masih basah atau belum kering, sunat dibasuh dengan menggunakan air mutlak sehingga bersih.

2. Air mazi

Air mazi dianggap seperti najis mutawassitah dan ia perlu dicuci dengan cara membasuh dengan menggunakan air mutlak sehingga bersih.

Baca juga: Ingatkan Tak Boleh, Mesti Ramai Terkejut Lepas Tahu Hukum Wanita Baca Quran Tak Tutup Aurat!

Sumber: Aku Islam

FT Image: pkproject

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×