Nur

Boleh Ke Kain Kafan Jenazah Selain Warna Putih? Ustaz Cakap Harus Kalau Kena Syarat Ini!

18
SHARES
kain kafan

Umumnya, kain kafan yang berwarna putih akan digunakan untuk membaluti tubuh jenazah Muslim sebelum disemadikan di dalam liang lahad. Di mana, jarang sekali melihat jenazah dikapankan selain warna tersebut.

Walau bagaimanapun, adakah wajib mengapankan jenazah dengan kain kafan selain berwarna putih? Ketahui penjelasan lanjut yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga: Ingatkan Tak Boleh, Mesti Ramai Terkejut Lepas Tahu Hukum Wanita Baca Quran Tak Tutup Aurat!

KAIN KAFAN SELAIN WARNA PUTIH

kain kafan

“Adakah wajib kain kafan mayat itu bewarna putih? Apakah hukumnya jika dikafankan dengan lain dari warna putih?”

Kafankan mayat dengan kain yang berwarna putih itu hukumnya adalah sunat bukan wajib iaitu lebih afdhal daripada warna yang lain.

Berkata Imam As-Syairazi:

والمستحب أن يكون ذلك بياضا لِمَا رَوَى ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمْ الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا مِنْ خِيَارِ ثِيَابِكُمْ وَكَفِّنُوا فيها موتاكم

Ertinya: “Dan yang disunatkan bahawa adalah kain kafan itu berwarna putih kerana hadith yang telah meriwayatkannya oleh Ibnu Abbas r.a. sungguhnya Rasulullah sollallhu alaihi wasallam bersabda: Pakailah kamu sekalian dari pakaian kamu yang berwarna putih kerana sesungguhnya ia daripada sebaik-baik pakaian kamu dan kamu kafankanlah di dalamnya mayat-mayat kamu.” (Kitab Al-Muhazzab)

Baca juga: Nak Rujuk Dalam Tempoh Iddah, Boleh Ke Berlaku Dengan Hanya Syahwat? Ini Kata Mufti!

Baca juga: Ustaz Kongsi Ayat Untuk Diamalkan Sewaktu Masuk Bilik Penginapan, Terutama Bila Rasa Ada ‘Sesuatu’!

Dan ketika tidak ada kain yang putih untuk dijadikan kafan, maka harus dengan yang selain putih asalkan kain itu harus dipakai olehnya ketika hidup.

Adapun ketika ada yang putih tetapi sengaja dikafankan dengan selainnya, maka hukumnya adalah makruh menurut pendapat yang masyhur dan sebahagian fuqahak berkata dengan harus.

Wallahua’lam

Baca juga: Walaupun Antara Dosa Besar, Tapi Sebenarnya Dalam Islam Ada 6 Jenis Mengumpat (Ghibah) Yang Dibenarkan!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: Mr Wan Cai Official / Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×