Dapur

5 Resepi Puding Mudah & Cepat Disediakan, Sesuai Untuk Open House

2K
SHARES
resepi puding

Musim perayaan begini memang banyak dapat undangan ‘open house’. Kalau tidak pun, mesti ada jamuan ‘potluck’ di pejabat ataupun sekolah.

Salah satu hidangan yang paling diminati dan sangat mudah disediakan untuk majlis begini antaranya adalah puding. Penyediaannya sangat mudah dan rata-rata tidak memakan masa lebih daripada 1 jam.

Cara membuatnya juga pelbagai, ada yang dibakar, dikukus, atau hanya dimasak di atas api dan disimpan dalam peti sejuk. Jadi, tak perlu risau jika anda tidak mempunyai kelengkapan seperti ‘mixer’, ‘oven’, atau pengukus. Anda masih boleh menyediakan puding melalui salah satu resepi di bawah.

Jadi, mari lihat senarai 5 resepi puding di bawah yang boleh anda cuba. Buat untuk makan seisi keluarga pun apa salahnya. Memang senang dan dapat berjimat!

resepi puding

5 Resepi Puding Mudah & Cepat Disediakan, Sesuai Untuk ‘Open House’

Resepi 1: Resepi Puding Roti Kismis

Kalau ada lebihan roti putih, memang sesuai sangat buat puding ini. ‘Confirm’ habis licin tatkala ianya dihidangkan.

Bahan-bahan untuk membuatnya pun senang untuk didapati. Mesti ada dalam dapur anda!

Untuk bahan ‘topping’ pun, tak semestinya menggunakan kismis. Kalau tak ada, boleh guna lebihan kurma atau buah-buahan kering yang lain seperti apricot, pic, atau beri. Nak campurkan beberapa jenis buah dan kekacang pun tiada masalah.

resepi puding roti

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti
  • 30 gm mentega dicairkan
  • 80 gm kismis
  • 4 biji telur dipukul
  • 475 ml susu segar
  • 150 gm gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Carik- carik kecil kesemua 6 keping roti tadi dan susun atur ke dalam bekas yang bersesuaian.
  2. Tuangkan sama rata mentega yang dicairkan tadi ke atas roti. Selepas itu taburkan kismis ke atasnya.
  3. Di dalam ‘mixing bowl’ pukul rata telur , susu segar, gula dan esen vanila. Setelah siap tuangkan ke atas mangkuk yg berisi roti tadi.
  4. Bakar di dalam oven dengan suhu 175 C selama 45 minit.
  5. Boleh dihidangkan panas-panas atau simpan dalam peti sejuk. Terpulang pada citarasa anda!

 

*Resepi asal oleh beancurd dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/2396-puding-roti)

 

Resepi 2: Resepi Puding Karamel

Kalau sebut saja karamel, tentu ramai dah terbayang rasanya yang lemak manis.

Bagi yang belum tahu, karamel adalah istilah kepada gula hangus, cara menyediakan gula hangus ini sebenarnya lebih mudah daripada yang anda sangkakan.

Walupun ‘simple’ tapi rasanya sangat memukau. Rugi tak cuba!

resepi puding karamel

Bahan-bahan:

  • 400cc (400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur – pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning – pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • (Karamel)
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

 

*Resepi asal oleh yani dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/82-puding-karamel)

 

Resepi 3: Resepi Puding Belang

Sekali-sekala, tentu anda ingin membuat sedikit kelainan. Dengan resepi puding belang ini, tentu hidangan anda akan mendapat perhatian.

Lihat saja pada warna dan coraknya, tentu ramai yang ingin merasa!

Inilah resepi puding belang yang dikongsikan oleh Puan Jun. Ramai yang telah mencubanya dan mengakui kelazatannya. Rasa coklatnya sangat lemak dan tidak memuakkan.

resepi puding belang

Bahan-bahan:

  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
  • sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan:

  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko.
  5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

 

*Resepi asal oleh junjs11 dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/1367-puding-belang)

 

Resepi 4: Resepi Puding Custard Cocktail

Siapa sangka, hanya dengan menggunakan 4-5 bahan, anda boleh menyediakan puding custard yang sangat menggiurkan.

Walaupun ada yang tiada pengalaman memasak, kalau buat resipi puding ini tentu menjadi.

Kalau dimakan sejuk-sejuk, memang tak cukup semangkuk. Campuran buah-buahan koktel menambahkan lagi warna, menaikkan selera, dan mempelbagaikan rasa masam-manis dalam puding ini.

?????????????

Bahan-bahan:

  • 5 cawan susu segar/sejat
  • 3-4 sb tepung custard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
  • secukup cocktail buah ikut pilihan

Cara Penyediaan:

  1. Tepung custard dilarutkan bersama 1 cawan susu yang ada. Masak lebihan susu dengan gula hingga mendidih dan masukkan larutan tepung custard tadi dan kacau terus hingga pekat. Matikan api dan biarkan sejuk.
  2. Simpan custard di dalam bekas bertutup supaya permukaan custard tak berkulit.
  3. Bubuh secukup buah cocktail ke dalam gelas hidangan. Tuang custard secukupnya di atas cocktail ketika ingin menghidang.

 

*Resepi asal oleh kakfida dari MyResepi.com (http://www.myresipi.com/recipes/20672-custard-cocktail-mudah)

 

Resepi 5: Resepi Puding Rich Chocolate

Buat penggemar coklat, inilah resepi puding yang anda perlu cuba. Menurut pemilik resipi ini, ia terinspirasi daripada puding ala Inggeris.

Namun, istimewanya resipi ini adalah ia telah diubahsuai dengan menambah sedikit serbuk agar-agar.

Serbuk agar-agar ini membantu memberi tekstur yang lebih kental dan nampak licin ketika dihidangkan. Nak makan pun senang, tidaklah terlalu pecah jika dicedok-cedok nanti.

Tengok saja pada namanya, resepi ini menggunakan serbuk koko yang paling banyak!

resepi puding coklat

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. Psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

*Resepi asal oleh junsjs11 dari MyResepi.com (http://www.myresipi.com/recipes/1071-rich-choc-pudding)

 

Pencuci Mulut Yang Sangat Menyegarkan!

Puding sangat sesuai dijadikan pencuci mulut dalam majlis-majlis keramaian.

Mana tidaknya, puding bukan saja nampak menarik apabila dihidangkan, malah rasanya tidak pernah mengecewakan walaupun anda baru pertama kali mencubanya.

Selain itu, teksturnya yang licin dan lembut menjadikannya sesuai untuk dimakan oleh seisi keluarga.

 

Penafian: MyResepi.com dan SirapLimau.com adalah sebahagian daripada usahasama syarikat Dua Marhalah Sdn Bhd. Semua maklumat yang dipaparkan adalah tertakluk kepada hakcipta syarikat ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×