Dapur

Senarai 5 Resepi Brownies Yang Anda Mesti Cuba. Tak Susah Pun!

1.3K
SHARES

Sekarang ini memang ‘trend’ orang buat brownies. Tapi, nampak rupa lebih kurang macam kek coklat yang dipotong segi empat.

Jadi, adakah anda tahu apa bezanya brownies ini dengan kek?

Brownies sebenarnya berasal dari Amerika Syarikat dan sangat popular di negara itu. Jika dibezakan dengan kek, brownies mempunyai permukaan satu lapisan sangat nipis dan rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula.

Satu lagi kelainan brownies adalah pada teksturnya yang lebih padat, lembap dan apabila dikunyah seperti mengunyah gula- gula lembut. Rasa coklatnya juga lebih menyerlah berbanding rasa kek coklat.

Foto Kredit: pediaa.com

 

Secara asasnya, terdapat 4 jenis tekstur yang dimiliki oleh brownies, iaitu sama ada seperti cake (cakey) , padat (fudgy), liat (chewy) atau sedikit berderai (crumbly).

Perbezaan inilah yang menjadikan sesebuah brownies itu sangat unik dan tersendiri, bergantung kepada selera masing-masing. Ia juga mempunyai beberapa cara membuatnya seperti mengukus atau membakar.

Di sinilah aneka resepi brownies yang menjadikannya begitu menarik sehingga anda tidak akan pernah bosan mencubanya!

resepi brownies

Antara perbezaan tekstur brownies mengunakan bahan-bahan tertentu

1. Resepi Brownies Lapis Cheese Kukus

Brownies yang pertama ingin kami perkenalkan di sini adalah Brownies Lapis Cheese Kukus. Wah, dengar nama saja sudah terliur. Ini mesti gara-gara ‘cheese’ yang terselit di tengah-tengah kesedapan coklat tersebut.

Tak boleh bayangkan apabila dihidangkan panas-panas. Mesti tak cukup kalau buat seloyang!

Berbeza dengan resepi brownies biasa, brownies ini mengetengahkan tekstur ‘cakey’ atau lembut seperti kek. Menarik bukan? Jom cuba tengok resepinya.

resepi brownies 1

Brownies Lapis Cheese Kukus

 

Bahan-bahan:

  • *500g campuran brownies kukus (premix)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air

Nota: Ini contoh premix brownies boleh dicari di kedai ‘baking supply’ atau pasarara. kalau tak jumpa, boleh gune resepi brownies yg ada. Menjadi juga…. =)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. Untuk membuat **inti cream cheese**, campur semua bahan bagi inti,kecuali telur. pukul sampai kembang
  3. Kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  4. ##cara lapis##
  5. Masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  6. Masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  7. Masukkan baki brownies kukus, kukus selama 20 minit.
  8. Balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil. Lepas itu, kukus dgn api besar.

*Resepi asal oleh mrsdayat dari MyResipi.Com (http://www.myresipi.com/recipes/2159-brownies-lapis-cheese-kukus)

 

2. Resepi Brownies Choco Mousse

Wah, menariknya siap ada mousse. Sekali pandang, macam yang dijual di ‘Secret Recipe’.

Sebenarnya anda sendiri boleh membuatnya di rumah. Bahan-bahan yang digunakan pula tidaklah banyak berbeza daripada biasa, kecuali sedikit gelatin yang diperlukan untuk mousse nanti.

Walaupun nampak sedikit kompleks, tetapi sebenarnya ia tidaklah sesukar yang anda sangka. Lagipun, anda hanya cuma perlu membakar satu lapisan sahaja di dalam oven.

Bahagian mousse (yang atas) hanya perlu diadun dan disimpan dalam peti sejuk. Mudah saja!

resepi brownies choco mousse

Brownies Choco Mousse

 

Bahan-bahan:

Untuk Brownies

  • 45g butter
  • 65g gula halus
  • 1 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko

Untuk Chocolate Mousse

  • 140g coklat masakan
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream
  • 40g gula halus

 

Cara-cara:

Penyediaan Brownies

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.

2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.

3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.

5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

 

Penyediaan Mousse

1. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.

2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah ‘double bowl’ (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).

3. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.

4. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan mangkuk, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.

5. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi bentuk krim.

6. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.

7. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis.

*Resepi asal oleh yani dari MyResipi.Com (http://www.myresipi.com/recipes/4792-choco-mousse-brownies)

 

3. Resepi Brownies Pisang Moist

Bagi anda yang sukakan rasa tropika, apa kata masukkan sedikit pisang ke dalam resepi brownies untuk mempelbagaikan hidangan anda.

Bukan saja menyerikan, buah-buahan juga mempunyai rasa manis yang semulajadi dan amat sesuai apabila bergabung dengan coklat.

Menariknya, resepi ini juga menggunakan gula perang untuk menghasilkan rasa yang lebih eksotik.

Dengan hanya mempraktikkan kaedah penyediaan yang paling asas, rasa brownies ini tentu lain daripada yang lain dek tambahan satu bahan iaitu pisang. Rugi kalau tak cuba!

resepi brownies

Brownies Pisang Moist

 

Bahan-bahan:

BAHAN A :-

  • 100 g coklat masakan
  • 75 g mentega

BAHAN B :-

  • 200 g pisang lecek
  • 60 g gula perang
  • 1/4 sk garam
  • 1 sk esen vanilla

BAHAN C :-

  • 75 g tepung gandum
  • 2 sb serbuk koko
  • 1/2 sk baking soda
  • 1/2 sk baking powder

BAHAN TABURAN :- (Optional)

  • choc. chips
  • kacang walnut – cincang kasar

 

Cara-cara:

1. Masak bahan A hingga cair cara double-boiling hingga cair dan sejukkan.Campurkan dengan bahan B dan gaul rata.

open-uri20151010-29872-txvurq

2. Ayak bahan C dan masukkan ke dalam campuran A dan B dan gaul rata lagi.

3. Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris dan tabur bahan taburan jika suka.

open-uri20151010-29872-287k6r

4. Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20-25 min. Sejukkan brownies, potong dan hidangkan.

*Resepi asal oleh kak fida dari MyResipi.Com (http://www.myresipi.com/recipes/13609-moist-banana-browniesa)

 

4. Resepi Brownies Coklat Tanpa Telur

Resepi brownies ini amat sesuai bagi anda yang gemarkan rasa coklat yang asli, tapi ada ahli keluarga yang alah pula pada telur.

Kalau diikutkan, resepi inilah yang paling ringkas dan hanya menggunakan bahan-bahan yang asas.

Kalau tak ada mentega pun, anda boleh menggantikannya dengan minyak sayur.

Jangan risau, resepi ini tidak akan mengecewakan anda. Tetap lazat, ianya mewah dengan rasa coklat, lembut, dan mencair di dalam mulut!

Brownies Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan:

BAHAN A :-

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk tepung jagung
  • 1/2 sk bicarbonate of soda
  • 1/8 sk garam halus
  • 3/4 cawan gula serbuk
  • 1/2 cawan serbuk koko

BAHAN B :-

  • 1 cawan susu cair
  • 2 sb susu manis
  • 1/4 cawan mentega cair/minyak sayur
  • 1 sk esen vanilla

BAHAN C :-

  • kekacang atau choc chip untuk tabur

Cara-cara:

1. Ayak bahan A dalam sebuah mangkuk.

2. Satukan bahan B dalam mangkuk berasingan.

3. Masukkan A ke dalam B dan kacau perlahan2 hingga sebati.

open-uri20151010-29872-olzunw

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu mentega dan dialas dengan kertas.Taburkan kekacang atau choc. chip rata2.Bakar pada suhu 160C selama 25-30 min.

open-uri20151010-29872-1v3bfd6

5. Adunan brownies ini juga sesuai dibakar didalam cawan kertas.Isikan adunan sehingga 3/4 penuh cawan kertas.Bakar selama 20 min.

open-uri20151010-29872-1yixnhg

*Resepi asal oleh kak fida dari MyResipi.Com (http://www.myresipi.com/recipes/13974-chocolate-brownies-tanpa-telur-a)

 

5. Resepi Brownies Kedut Chewy Gooey

Seperti namanya, resepi brownies ini pula berbeza kerana ia mengetengahkan tekstur rangup di atas.

Ia juga sedikit liat di dalam, tetapi sangat lembap dan sedap.

Ada yang menggelarnya brownies kedut, kerana rupanya yang berkedut. Tapi, inilah yang menjadi rebutan dan kegilaan sekarang.

Kalau anda rajin, bolehlah menghidangkannya dengan pelbagai jenis topping seperti aiskrim vanila atau buah-buahan segar seperti strawberi atau ceri.

Tapi, itu pun kalau sempat sebelum semuanya habis licin!

Chewy Gooey Brownies

Brownies Chewy Gooey

 

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 300g coklat masakan
  • 20g serbuk koko
  • 6 biji telur
  • 300g gula perang
  • 100g tepung gandum
  • 1 cawan kekacang
  • 2 cmt esen vanila

Cara-cara:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 150C.
  2. Cairkan coklat masakan bersama mentega menggunakan `double boiler’.
  3. Masukkan gula perang, kacau sehingga gula larut.
  4. Angkat dari api, sejukkan sedikit dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul menggunakan `whisk’
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Gaulkan kekacang bersama tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus digaul.
  7. Lenserkan loyang berukuran 10 inci x 10 inci, alas dengan `baking paper’ dan lenser sekali lagi.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan permukaan adunan dan bakar selama 1 jam.
  9. Sejukkan sebelum dipotong.

*Resepi asal oleh hishwa dari MyResipi.Com (http://www.myresipi.com/recipes/20920-chewy-gooey-brownies)

 

resepi brownies

Brownies Kini Lebih Digemari!

Salah satu sebab masyarakat kini amat menggilai brownies adalah kerana rasanya yang penuh kecoklatan tanpa rasa manis yang melampau.

Antara rahsia mendapatkan tesktur brownies yang baik adalah dengan memilih bahan yang baik, walaupun harganya sedikit mahal. Anda juga boleh menggunakan pelbagai jenis kekacang untuk mencantikkan rupa brownies seperti almond, walnut, badam, atau pistachio yang dicincang halus. Nak bubuh parutan keju pun boleh!

Dengan itu, brownies memberi ruang kepada lidah untuk mengamati pelbagai jenis tekstur selain kelembutan yang terdapat dalam kek.

Nak dikatakan biskut bukan, kek pun bukan. Ia adalah gabungan kedua-duanya! Haa… Tamak, kan? Sebab itulah brownies amat menyelerakan dan tidak memuakkan.

Selamat mencuba!

 

Penafian: MyResepi.com dan SirapLimau.com adalah sebahagian daripada usahasama syarikat Dua Marhalah Sdn Bhd. Semua maklumat yang dipaparkan adalah tertakluk kepada hakcipta syarikat ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×