Dapur

Cara Membuat Cheesy Ball Ala KFC. Tak Susah Pun!

1.8K
SHARES

Orang Malaysia memang gemar segala jenis makanan yang mempunyai sentuhan keju, bukan? Jadi, bagi penggemar keju, diharapkan perkongsian daripada Puan Ana Mariana Ismail ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada menu makanan harian anda. Beliau akan mengajarkan cara membuat cheesy ball yang lazat!

Sebenarnya, cara membuatnya tidak sesukar yang anda sangkakan. Bahannya yang diperlukan juga tidaklah banyak. Kalau di KFC, menunya diberi nama ‘Chewy Cheese’, memang sedap dan unik. Yang penting, ia memang disukai oleh anak-anak. Jadi, tak rugilah anda mencubanya.

Cara Membuat Cheesy Ball Ala KFC

Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • 5 biji kentang
  • 1 cawan tepung gandum
  • setengah cawan minyak masak
  • mozzarella / cheddar cheese  *(Tips: Kalau suka efek ‘tarik’ macam pizza boleh guna mozzarella. Kalau suka ‘melting’ meleleh-leleh boleh gunakan cheddar.)
  • breadcrumb
  • 2 bji telur

cara-buat-cheesy-ball-1

Langkah-langkah:

Berikut adalah cara membuat cheesy ball.

1. Rebus Kentang

Mula-mula, rebuskan ubi kentang sampai empuk. Kemudian, toskan.

cara-buat-cheesy-ball-2

2. Lenyekkan

Ambil ubi kentang tadi dan lenyek sehingga hancur.

Letakkan sedikit garam dan lada sulah secukup rasa.

cara-buat-cheesy-ball-3

3. Masukkan Tepung

Selepas itu, masukkan 1 cawan tepung gandum dan setengah cawan minyak masak.

Gaulkan adunan ini sampai sebati.

cara-buat-cheesy-ball-4

4. Uli Hingga Menjadi Doh

Setelah digaul, uli dengan tangan hingga menjadi doh.

Kalau rasa adunan terlalu lembik bolehlah tambah sedikit tepung. (Mungkin saiz ubi kentang yang anda gunakan tak sama dengan yang Puan Ana gunakan)

Setelah siap, rehatkan adunan sebentar dalam lebih kurang 5 minit.

cara-buat-cheesy-ball-5

5. Bentukkan Adunan

Ambil sedikit adunan dan leperkan seperti dalam gambar.

Seterusnya, ambil sedikit mozzarella cheese yg dipotong dadu untuk dimasukkan sebagai inti. Kemudian, tutup dan bulat-bulatkan macam bentuk bebola.

cara-buat-cheesy-ball-6

6. Celupkan Dengan Telur

Celupkan bebola tadi ke dalam telur yang telah dipukul bersama sedikit garam dan lada sulah.

cara-buat-cheesy-ball-7

7. Salutkan Breadcrumb

Langkah seterusnya, golek-golekkan bebola tadi di atas taburan breadcrumb hinggalah tersalut sekata pada permukaannya.

cara-buat-cheesy-ball-8

Beginilah rupanya yang telah siap digolek.

cara membuat cheesy ball

8. Goreng

Baik, sekarang ianya dah siap untuk digoreng. Pastikan minyak betul-betul panas supaya cheesy ball tidak berminyak.

Gorengkan sekejap saja hingga warna agak keemasan. Kemudian, toskan minyak berlebihan.

Anda boleh buat lebih dan sejukbekukan mana yang mahu disimpan.

cara-buat-cheesy-ball-10

9. Siap!

Sekarang, dah boleh dihidangkan. Makan panas-panas memang sedap. Tak cukup sepinggan!

cara-buat-cheesy-ball-11

Gubah Ikut Kreativiti Anda

Oh ya, kalau nak tambah bahan lain pun boleh. Contohnya ada yang mungkin sukakan potongan cili atau bawang untuk mempelbagaikan rasanya.

Seperti dalam gambar di bawah ini, Puan Ana ada membuat 2 versi istimewa:

i. Cheesy Beef Ball

Versi ini menggunakan bahan dan sukatan yang sama dengan cara membuat cheesy ball tadi. Cuma tambahkan daging atau ayam cincang (400 gram) untuk memberi perasa.

cara-membuat-beef-ball

Resepi penuh di sini.

ii. Cheesy Prawn Ball

Caranya juga sama seperti cara membuat cheesy ball di atas. Cuma tambahkan semangkuk isi udang yang dikisar halus dan sebiji bawang serta daun bawang yang dipotong dadu.

cara-membuat-prawn-ball

Resepi penuh di sini.

Wah, ‘Melting’ Habis!

Mesti ramai yang terliur melihat keju yang mencair apabila digigit. Itulah kenikmatan cheesy ball yang ‘simple’ ini.

Jadi, apa tunggu lagi. Dah beritahu caranya, giliran anda pula untuk mencuba. Jimat pun jimat.

 

*Perkongsian asal daripada Puan Ana Mariana Ismail ini diterbitkan semula dengan kebenarannya. Ikuti laman Facebooknya untuk lebih lagi perkongsian resipi yang menarik.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×