DIY & Kraf

Tak Payah Beli Mahal-Mahal, Ini Cara DIY Pasu Pemanggang Ayam

64
SHARES
DIY PASU PEMANGGANG

Kalau pergi pasar malam atau bazar Ramadan, pasti anda pernah lihat kreativi peniaga diy pasu pemanggang untuk memanggang ayam, itik dan juga daging.

Tetapi pernah tak anda terfikir macam mana nak buat pasu pemanggang ini dan digunakan di rumah untuk BBQ bersama keluarga? Mudah sahaja sebenarnya, jom kami kongsikan cara diy pasu pemanggang ayam. Memang jimat!

Baca juga: Elak Tanaman Diserang Lalat Putih, Ini Cara Buat Racun Organik Paling Mudah

CARA DIY PASU PEMANGGANG AYAM, MUDAH JE SEBENARNYA

DIY PASU PEMANGGANG

Bahan-bahan: 

  • 1 pasu besar
  • 1 pasu kecil
  • 5 handle pintu
  • 1 batang paku
  • 1 tray besi
  • 1 jaring panggang (Besar)
  • 1 jaring panggang (Kecik)
  • 10 skru panjang (2 or 3 inci)
  • 10 nut
  • 20 skru washer
  • Drill & mata drill
  • Marker pen

Cara-cara: 

1. Cari pasu yang kedua-dua saiz sama besar. Check di setiap permukaan pasu sebelum tebuk. Takut ada retak dan pecah. Bila dah yakin, tandakan lubang yang akan ditebuk menggunakan marker.

Tips tebuk di permukaan licin adalah ambil paku kecil dan ketuk sikit pada bahagian tanda. Dah ada tanda, baru tebuk pakai drill. Gunakan mata drill yang lebih kecil dahulu. Kemudian, besarkan guna mata drill yang lebih besar.

DIY PASU PEMANGGANG

2. Tebuk 2 lubang untuk 1 handle di sekeliling pasu. Di keliling pasu itu mesti kena ada 4 handle pintu. Jadi anda perlu tebuk dalam keadaan selari supaya mudah untuk mengangkat pasu sama ada tengah memasak atau ketika mengemas nanti.

DIY PASU PEMANGGANG

3. Bila dah tebuk, pasang skru pada handle bersama-sama washer dan nut. Ikat ketat-ketat dan pastikan skru tersebut panjang supaya boleh menampung berat jaring panggang (besar) daripada jatuh ke bara api di bawah. Pastikan juga kedudukan skru handle sama tinggi.

DIY PASU PEMANGGANG

4. Ambil pasu kecil dan tebuk di tengah-tengah bahagian bawah untuk proses pemasangan handle diatas. Kemudian, pasang
skru, washer dan nut seperti step yang sebelum ini.

5. Ambil jaring panggang kecil dan letak di dalam pasu besar. Tebuk 4 lubang udara di bawah kedudukan jaring panggang kecil supaya oksigen masuk ketika memanggang.

DIY PASU PEMANGGANG

6. Ambil tray besi dan lubangkan ikut kesukaan untuk letak diatas jaring panggang yang kecil.

7. Siap. Panggang ayam dalam 45 minit hingga 1 jam. Jangan risau, walaupun sejam panggang, ayam masih lagi berjus.

DIY PASU PEMANGGANG

Tips tambahan: 

– Pilih pasu tebal supaya tahan bahang panas dan tak mudah retak.

Bakar 40% arang, 60% ranting kayu (Rasa panggang lebih terangkat).

– Padam api yang menyala sebelum proses pemanggangan. Panggang guna bara arang sahaja

– Jaring panggang ada jual di hardware.

– Lagi besar pasu, lagi banyak boleh bakar. Tapi jangan besar sangat nanti susah nak angkat.

– Waktu bakar, nak angkat pasu kecil kena alas pakai kain sebab panas.

– Lubang sedia ada di pasu tak perlu tampal. Biar oksigen lebih, baru arang senang hidup menyala.

– Boleh letak tape tahan panas di sekeliling bibir pasu supaya bahang bara arang tidak keluar di antara pasu besar dan pasu kecil.

– Kalau nak cepat masak, tutup lubang pasu kecil dengan kayu.

DIY PASU PEMANGGANG

Selamat mencuba!

Sumber: Feast’za Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×