Famili

Beli Rangka Ayam Dekat Bazar Ramadan Tapi Tak Siang & Ada Isi Perut Lagi!

60
SHARES

Umum mengetahui, ramai yang memilih untuk berkunjung ke bazar Ramadan berikutan pelbagai juadah yang disajikan dan dijual dengan harga yang berpatutan. Perkara tersebut secara tidak langsung dapat memudahkan urusan seseorang untuk mendapatkan makanan berbuka puasa.

Bagaimanapun, lain pula yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter apabila makanan yang dibeli tidak boleh dimakan dan sangat mengecewakan.

Baca juga: Bawa Anak Ke Klinik Dalam Keadaan Lemah, Rupanya Cikgu Simpan Bekal Makanan Suruh Puasa!

BELI RANGKA AYAM DEKAT BAZAR RAMADAN TAPI TAK SIANG

Kisah ini dikongsi oleh seorang gadis dikenali sebagai Pika menerusi satu ciapan di laman Twitter. Gadis itu mendakwa ayam yang dibeli oleh ayahnya tidak disiang dan dicuci oleh peniaga tersebut.

Sangat mengecewakan apabila rangka ayam tersebut masih dipenuhi dengan isi perut. Jelasnya juga, dia juga sangat terkejut apabila memotong bahagian pedal dan mendapati masih ada sisa yang tidak dibuang.

“Sampainya hati jual dekat orang yang puasa macam ini. Bila nak berbuka tu, terkejut tengok dalam rangka tu penuh isi perut ayam? Tengoklah pedal pun tak cuci. Semata rangka celup tepung. 

“Mak tak puas hati jadi mak potong. Memang betul pedal pun tak siang. Rezeki bagi kucing dengan anjing je makan. Kalau tak mampu berjual, janganlah anaiya orang macam ini sekali. Sedih abah balik beli untuk anak- anak makan. Sama-sama puasa kan?”  luahnya.

BERNIAGA ITU SATU AMANAH, KEBERSIHAN KENA JAGA

Gadis itu juga menasihati para peniaga di luar sana untuk sentiasa menjaga kebersihan kerana berniaga itu merupakan satu amanah yang perlu dibuat dengan keikhlasan.

Tambahnya juga, tujuan dia berkongsi mengenai perkara ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi sekadar pengajaran untuk semua.

*Alamak, memang kembang tekak kalau dapat rangka ayam macam ni. Baru semangat nak berbuka, jadi macam ni pula. Haih.

Sumber: Twitter Pika

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×