Famili

Bawa Anak Ke Klinik Dalam Keadaan Lemah, Rupanya Cikgu Simpan Bekal Makanan Suruh Puasa!

38
SHARES

Apabila tiba bulan Ramadan, tentu ramai ibu bapa yang teruja untuk mengajar anak-anak berpuasa. Tetapi, ia bukanlah satu perkara mudah untuk melatih anak kecil mula berpuasa seperti orang dewasa kerana mempunyai tenaga yang berbeza-beza.

Jika anak-anak tidak mempunyai tenaga untuk berpuasa, ibu bapa tidak perlulah terlalu memaksa kerana akan memudaratkan kesihatan. Lain pula dengan perkongsian seorang doktor di laman Facebook apabila si ibu datang ke klinik dengan perasaan kecewa kerana guru sanggup menyimpan makanan anaknya. Adui!

Baca juga: Angkara Tersalah Masak, Ahli Keluarga Masuk Hospital Sebab Makan Batang Pokok Keladi!

BAWA ANAK KE KLINIK DALAM KEADAAN LEMAH

Jelas Dr Kamarul, setibanya dia di klinik, ada seorang ibu membawa anak berusia lingkungan 6-7 tahun tetapi dalam keadaan yang sangat lemah. Ibu itu memberitahu dia tidak menyediakan sarapan kerana sedang mengajar si anak untuk berpuasa tetapi ada memberi bekalan makanan untuk ke sekolah.

Hari ni ada seorang ibu bawa anaknya yang kelihatan sangat lemah ke klinik. Si anak baru berumur 6-7 tahun. Baru nak mengenal puasa. Sekolah pagi. Ibu tak sediakan sarapan, sebab sedang ajar nak berpuasa, tapi dibekalkan air dan roti untuk ke sekolah. 

Walau bagaimanapun, apabila pulang dari sekolah, si anak mengamuk dan memberitahu dia membenci sekolah serta rakan-rakan. Hal ini kerana dia memberita bahawa makanan dan minumannya diambil oleh cikgu dan sesiapa yang tidak berpuasa akan ditegur oleh guru tersebut.

Sekadar gambar hiasan

Dipesan pada anak, jika tak tahan berpuasa, maka berbukalah dengan bekal yang dibawa. Namun begitu, sehingga si ibu ambil anaknya pulang di waktu tengah hari, anaknya masih belum berbuka. Jika tidak kerana anaknya kelihatan begitu lemah, pasti si ibu berasa senang hati. 

Malangnya, si anak ni nampak sangat lemah. Dia kata benci berpuasa. Dia benci sekolah. Dia benci kawan-kawan. Anak tu kata dia tak nak berpuasa lagi selepas ini, dan tak mahu lagi ke sekolah. 

Bila ditanya mengapa, si anak beritahu makanan dan minumannya diambil oleh cikgu. Siapa yang tak berpuasa ditegur di khalayak kelas. Ada rakan sekelas yang tertawakan mereka yang tak puasa. 

Lepas sekolah habis, baru bekal makanan dipulangkan. Dipesan sekali lagi oleh cikgu agar berpuasa sehingga masuk waktu berbuka. Si anak hanya menurut, kerana takut dimarahi. 

TAK PERLU PAKSA ANAK LAKUKAN IBADAH TETAPI PUJUK

Dr Kamarul juga menasihati agar guru di luar sana untuk tidak memaksa kanak-kanak melakukan ibadah tetapi ajaklah mereka dengan cara memujuk.

Pendapat saya, bila mengajar kanak-kanak lakukan ibadah, hendaklah ia bersifat mengajak dan memujuk. Tak usahlah ia dalam keadaan memaksa atau dengan cara yang memalukan mereka. 

Kita semua mahukan anak-anak yang membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukannya dengan berhikmah, kerana jika sudah terbit benci, maka sukar nak disemai cinta di kemudiannya. 

Mereka mungkin mampu berpuasa sampai ke Maghrib, namun ia perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan. 

Kita ada sekitar 30 hari, InsyaAllah cukup masa untuk mendidik, cukup masa untuk melatih, cukup masa untuk memberi sokongan. Sampai masa nanti, kita raikan kejayaan kita sama-sama. Semoga Ramadan ini, lebih baik daripada yang sebelumnya.

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×