Famili

Angkara Tersalah Masak, Ahli Keluarga Masuk Hospital Sebab Makan Batang Pokok Keladi!

196
SHARES

Siapa pernah makan batang lambuk? Kemumu atau lambuk adalah sayuran tradisional dan menjadi kegemaran ramai. Batang lambuk seakan keladi tetapi apabila disiang tekstur dalamannya berlubang macam span. Kalau salah pilih atau salah masak, boleh menyebabkan keracunan makanan seperti yang dialami pengguna Facebook bernama Rohayati Mujari. Bahaya!

Baca juga: Ahli Keluarga Masuk Hospital Gara-Gara Makan Cendawan Beracun, Bahaya!

ANGKARA TERSALAH MASAK, AHLI KELUARGA MASUK HOSPITAL

Menurut Rohayati, abangnya baru sahaja pulang ke rumah dan seperti biasa seorang ibu pasti mahu hidangkan juadah kegemaran anak tersayang. Jelasnya, selepas si abang pulang dari solat jumaat, dia terus menjamah masakan yang dimasak oleh ibu mereka tetapi tidak lama kemudian dia tiba-tiba menjerit dan memberitahu tekaknya panas, muntah-muntah dan mulut berdarah.

Allahu ujian lagi. Abang pergi belajar, baru sehari balik jumpa mak, mak kalau anak-anak ada memang dia masak la sedap-sedap. Ketar-ketar mak tadi abang balik dari solat jumaat terus makan.

Tiba-tiba menjerit-menjerit tekak dan mulut panas macam dihiris-hiris, muntah-muntah, dalam mulut berdarah. Mak kata ni lambuk tapi dalam dia yakin tak yakin tu dia pergi ambil juga dimasak ayam gulai lemak campur lambuk katanya.

Nak dijadikan cerita, orang lain tak makan lagi. Memang abang pun saje nak jamah je. Mak hirup kuah je katanya tapi mak tak ada apa-apa sebab mak tak makan batang keladi yang dikata lambuk tu.

Rupa-rupanya yang dimasak oleh si ibu ialah batang pokok keladi yang dikatakan persis lambuk. Hal ini telah menyebabkan si abang dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sekarang abang dalam emergency room Hospital Raub. Tolong doakan abang saya. Lepas satu-satu ujian family ni tahun 2022. Semoga baik-baik sahaja.

Sumber: Facebook Rohayati Mujari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×