Dapur

Tak Sangka, Hampas Kopi Boleh Hilangkan Bau Busuk Terperap Dalam Peti Sejuk!

5
SHARES
bau peti ais

Peti sejuk  atau peti ais merupakan kelengkapan utama dalam setiap rumah. Namun, peti ini bukan sekadar menjadi tempat menyimpan barang memasak malah perlu dicuci dan bebas dari bau busuk juga. Tapi, macam mana nak hilangkan bau peti ais busuk ini?

Sudah bermacam-macam cara telah digunakan bagi menghapuskan bau-bau yang tidak enak di dalam peti sejuk rumah tetapi masih sama. Jadi, ini petua yang paling tidak disangka ramai mampu menghapuskan bau peti ais yang busuk!

Baca juga: Cara Cuci Acuan Kuih Kaswi Gedik Supaya Tak Bau Dan Rasa Sabun, Guna 2 BAHAN Ini

PETUA HILANGKAN BAU PETI AIS BUSUK

bau peti ais

Cara yang paling senang murah dan selamat adalah guna hampas serbuk kopi sebab sifatnya yang menyerap. Serbuk kopi ni berliang, jadi lubang-lubang kecil tu akan memerangkap dan menyerap bau.

Selain itu juga serbuk kopi ni bersifat antioksidan dan antimikrob yang kuat dan ini boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat.

Tipsnya adalah:

– Pastikan serbuk kopi kering dan fresh, gantikan serbuk kopi setiap beberapa minggu.

– Selalu cuci peti sejuk.

– Simpan makanan yang berbau kuat di dalam bekas kedap udara.

– Selain serbuk kopi boleh juga gunakan baking soda dan arang untuk hilangkan bau.

*Mudah sahaja kan? Tak sangka bahawa hampas kopi boleh digunakan dari dibuang begitu sahaja!

Baca juga: 5 Petua Orang Dulu-Dulu Guna Limau Kasturi Jadi Ubat Mujarab, Tak Sangka Semudah Ini!

Sumber: Zulkifli Mat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×