DIY & Kraf

Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM, Tak Payah Beratur!

673
SHARES
cara tukar duit raya di atm

CARA TUKAR DUIT RAYA DI MESIN ATM

“Duit raya tak tukar lagi!”

Sebut sahaja Hari Raya, mestilah kita tidak ketinggalan soal duit raya bukan? Walaupun kali ini kita masih tak dapat pulang beraya di kampung bersama keluarga, tradisi untuk tukar duit raya masih tidak dilupakan. Namun, bila berada dalam musim pandemik, elok juga untuk kita elakkan bertemu secara bersemuka di tempat yang ramai.

Oleh itu, ada cara mudah untuk anda tukar duit raya hanya dengan berurusan di mesin ATM sahaja. Boleh ye tukar duit raya di mesin ATM? Jom kita tengok caranya.

Cara Tukar Duit Raya Dengan 3 Langkah Mudah

Anda hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang terpilih yang mempunyai perkhidmatan ini. Bagaimana cara anda hendak mengetahui bahawa ATM cawangan yang berhampiran mempunyai satu kad yang tertulis ‘Dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’.

1. Masukkan kad bank anda dan nombor pin akaun bank seperti biasa.

cara tukar duit raya di mesin atm

2. Kemudian tekan ‘pengeluaran/deposit’ dan pilih jumlah yang anda inginkan.

3. Jumlah maksimum adalah sebanyak RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba baru dan wangi dari mesin tersebut.

Demi keselamatan bersama, elok sangatlah duit raya diambil begini sahaja. Kontak rapat juga dapat dikurangkan dan proses yang digunakan juga pantas dan efisyen. Sayangnya perkhidmatan ini hanya boleh didapati di Maybank sahaja pada waktu ini. Selamat mencuba ya!

Sumber: KerjaKosong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×