Sihat

Betul Ke Makan Malam Punca Badan Jadi Gemuk? Kalau Dah Lapar Nak Buat Macam Mana…

3
SHARES
punca kegemukan

Pengambilan makan malam yang teratur adalah penting untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan normal. Waktu makan malam yang paling disarankan adalah bermula 6 petang sehingga 8.30 malam supaya waktu makan ini tidak menjadi punca kegemukan badan.

Hal ini kerana, seringkali kita mendengar cakap-cakap orang ramai yang mengatakan bahawa makan malam boleh menyebabkan badan menjadi gemuk! Betul ke? Macam tak ada perbezaan sahaja berat badan walaupun makan malam yang banyak…

Baca juga: Pasangan Sebelum Berkahwin Kena Tahu Apa Itu Penyakit Talasemia, WAJIB Buat Checkup!

BETUL KE MAKAN WAKTU MALAM BOLEH JADI PUNCA KEGEMUKAN?

punca kegemukan

Ramai yang mengatakan bahawa makan malam boleh menyebabkan berat badan bertambah. Hal ini kerana salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Kalau dah malam tapi masih makan dalam kuantiti yang banyak, macam mana nak turunkan berat kan?

Oleh itu, penting untuk anda tahu bahawa makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari tidak melebihi apa yang sepatutnya.

Namun begitu, makan malam sering kali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor :

1.Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga

Kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian. Kalau anda perasan setiap kali menjamu selera dengan keluarga dan rakan-rakan, pasti kita akan makan terlebih!

2.Langkau waktu makan

Bagi sesetengah orang khususnya kaum wanita, mereka sering ‘skip’ waktu makan ketika di siang hari. Tahukah anda bahawa inilah yang menjadi punca anda mengambil makanan berlebihan pada waktu malam.

3.Melepaskan stres

Setelah penat bekerja pada waktu siang, ramai dalam kalangan kita yang menggunakan makan malam ini bagi melepaskan tekanan. Oleh itu, makanan dijadikan sebagai bahan untuk melepaskan stres contohnya, dengan makan aiskrim dan kudap-kudapan yang mempunyai kalori yang tinggi.

4.Makan sambil menonton televisyen

Selepas dijadikan sebagai cara melepaskan stres pada waktu malam, makanan pada waktu ini juga dimakan sambil anda menonton televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan. Hal ini kerana semasa menonton televisyen, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya. Patutlah..

punca kegemukan

*Oleh itu, paling disarankan untuk anda makan malam lebih awal dan ambil lah makanan yang tidak berkalori tinggi pada waktu malam. Jangan disalahkan pula waktu makan kalau sepanjang masa asyik makan kuantiti seperti satu talam ya!

Sumber: MyHealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×