Sihat

Jangan Panik, Rupanya Ada Dua Jenis Ketulan Yang Tiada Kaitan Dengan Kanser Payudara…

30
SHARES

“Alamak, ada ketul apa ni dekat payudara. Kanser ke?”

Berdasarkan apa yang dibaca dan pembelajaran ketika sekolah, salah satu tanda anda menghidapi kanser payudara adalah mempunyai ketulan dibahagian payudara. Maka, setiap hari kita memeriksaan di bahagian tersebut secara tiba-tiba ada pula ketulan yang dikatakan.

Jangan risau, bukan semua ketulan di bahagian payudara adalah berkaitan kanser. Ini adalah penjelasan dari pakar tentang bagaimana hendak memastikan bahawa ketulan tersebut adalah berbeza dari ketulan yang disebabkan oleh kanser payudara.

DUA JENIS KETULAN PAYUDARA YANG BUKAN KANSER!

Menurut Dr.Samhan, dua jenis ketulan yang bernama Fibrosista dan Fibroadenoma ini adalah ketulan abnormal yang tidak membahayakan wanita walaupun berketul dan terasa sakit.

Terdapat juga beberapa perbezaan dari 2 jenis ketulan ini iaitu dari segi saiz dan kepejalannya. Bukan itu sahaja, menurut Dr. Samhan, dua jenis ketulan ini juga bergantung kepada umur wanita tersebut. Fibrosista akan terjadi kepada wanita berusia 30-60 tahun manakala, Fibroadenoma kerap berlaku pada wanita yang lebih muda iaitu usia 19-30 tahun.

Keadaan ini berlaku dalam kalangan wanita apabila berlaku perubahan hormon semasa remaja yang pertama kali datang haid dan juga wnaita pra-menopaus. Namun, pemeriksaan tetap perlu dilakukan kerana dalam 10 dari 100 wanita berisiko mendapat kanser payudara sepanjang hayat mereka.

5 LANGKAH PEMERIKSAAN PAYUDARA DENGAN BETUL

Bgai mengelak dari kurangnya pemeriksaan dan pengetahuan mengenai kanser payudara, berikut merupakan 5 langkah pemeriksaan payudara secara sendiri. Dr.Samhan kongsikan kepada anda supaya anda dapat pendedahan mengenai langkah pencegahan dari awal.

Perhatikan sebarang perubahan terhadap payudara sama ada dari segi saiz, warna dan sebarang cecair yang keluar dari puting.

*Apa yang penting adalah anda buat pemeriksaan dengan cara yang betul ya.

Sumber: Doktor Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×