“Okay ke tidur pakai bra ni? Atau tak kena pakai sebenarnya?”
Sebagai wanita, sudah pasti pemakaian coli atau bra amatlah penting dalam kehidupan seharian. Bukan sahaja sebagai pelindung kepada bahagian privasi badan, malah pemakaian coli adalah sebagai ‘alatan’ untuk menyokong payudara. Namun, ramai yang tertanya-tanya sama ada pemakaian bra ini perlu atau tidak ketika waktu tidur.
Menurut Dr. Anna Targonskaya, Obstetrician dan Gynecologist di Flo Health, beliau menyenaraikan beberapa kebaikan tidur tanpa pakai bra. Anda mugkin akan berterima kasih dengan beberapa senarai ini kerana tidur malam akan lebih selesa dan lena!
TIDUR PAKAI BRA ATAU TAK PERLU PAKAI?
1. Memperbaiki sistem pernafasan
Semasa kita baring, ruang pernafasan di bahagian atas badan akan menjadi lebih sempit dan agak sukar untuk oksigen sampai ke paru-paru. Disebabkan itulah, pemakaian baju yang ketat seperti bra akan mengehadkan pengaliran udara dalam badan seterusnya ke ruang rusuk tidak dapat berkembang untuk pernafasan yang lebih lega.
2.Kebersihan atau Hygiene
Memakai coli atau bra ketika tidur terutama sekali ketika cuaca panas akan menyebabkan tidur anda lebih panas dan mudah berpeluh. Oleh itu, hasil dari pengumpulan peluh di sekitar kawasan bra akan menyebabkan badan berbau serta jerawat di belakang badan.
3.Elak berlaku sebarang kecederaan
Mungkin kejadian sebegini jarang berlaku, namun kebarangkalian tinggi anda berpotensi akan mencederakan diri sendiri apabila memakai bra ketika tidur. Cangkuk di belakang bra atau dawai bra mungkin akan bergeser dengan kulit yang akan menyebabkan kemerahan dan luka di pagi hari. Sakit tu!
4.Elak ada parut di badan
Pemakaian bra ketika tidur hampir setiap malam sebenarnya akan meninggalkan kesan kepada badan pemakai. Kalau anda perasan, akan ada garisan halus di bawah bahagian payudara. Tak cantik lah badan nanti kan?
5.Elak kanser payudara
Ini adalah yang paling penting bagi seorang wanita. Pencegahan awal bagi kanser payudara amatlah penting supaya penyakit ini tidak mengancam nyawa ramai dalam kalangan wanita. Pemakaian bra ketika tidur merupakan salah satu perkara yang menjadi faktor kepada terjadinya kanser payudara.
6.Bebas fungus di payudara
Ada kulat dekat bra, menggelikan! Terbentuknya kulat atau fungus apabila memakai bra ketika tidur adalah perkara yang perlu dielakkan. Ini akan menjadikan kulit gatal-gatal, kemerah-merahan serta berbau busuk!
BOLEH KE SAYA PAKAI BRA PADA WAKTU MALAM KETIKA HAMIL?
Ramai dalam kalangan ibu hamil tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak memakai bra semasa tidur. Malah, menurut pakar ibu hamil digalakkan memakai yang dikhaskan untuk mereka yang berbadan dua sahaja supaya dapat memberikan sokongan kepada ‘nursing pad’ ketika waktu penyusuan.
Sumber: Flo.Health, Parenting.Firstcry.com