Nur

Ustaz Don Kongsi 1 Doa Yang Tidak Akan Ditolak Oleh Allah SWT Sepanjang Ramadan

23
SHARES
DOA RAMADAN

Bulan Ramadan merupakan antara bulan yang paling mustajab untuk berdoa. Seperti perkongsian penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal, ada satu doa ramadan boleh dibaca setiap hari kerana tidak akan ditolak.

Doa pendek tersebut mudah dihafal dan memberi makna yang mendalam. Jadi, ikuti perkongsian lanjut di bawah untuk mengetahui doanya.

Baca juga: 30 Doa Harian Untuk Anda Baca Sepanjang Bulan Ramadan, Waktu Mustajab Berdoa

USTAZ DON KONGSI 1 DOA RAMADAN, AMALKAN SETIAP HARI

DOA RAMADAN

Video yang dimuat naik di laman media sosial memaparkan ceramah Ustaz Don Daniyal. Beliau ada kongsikan satu doa di mana tidak akan ditolak oleh Allah SWT sepanjang 30 hari bulan Ramadan.

Jelasnya, doa ini boleh dibaca sepanjang bulan puasa sementara menunggu waktu berbuka, menjelang sahur dan setelah solat.

Doanya adalah:

Bismillahirrahmanirrahim, Asyhadu allaa ilaha illallah, Astaghfirullah, As alukal Jannata wa a’udzu bika minan naar, Allahumma innaka ‘afuwwun, Tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni.

Maksudnya: “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan ALLAH, aku memohon keampunan daripada ALLAH, aku memohon syurga dan perlindungan daripada api neraka. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak. Riwayat Ibn Majah (1753)

Anda boleh hafal doa di atas dan baca setiap hari ya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Doa Waktu Sahur Yang Dianjurkan Untuk Baca, Rugi Kalau Bangun & Makan Sahaja…

Sumber: Facebook 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×