“Hmm, apa contoh doa dalam sujud nak baca ya…”
Hukum berdoa dalam sujud adalah disunatkan dan boleh secara lisan atau dalam hati. Sekiranya menggunakan bahasa Melayu, cukup sekadar dalam hati.
Doa dalam sujud tidak hanya terhad kepada sujud terakhir sahaja kerana keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya adalah ketika dia bersujud.
Baca juga: Ustaz Don Kongsi 1 Doa Yang Tidak Akan Ditolak Oleh Allah SWT Sepanjang Ramadan
CONTOH DOA DALAM SUJUD ANDA BOLEH BACA
Terdapat beberapa doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW ketika sujud. Antaranya adalah:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Subhaanakallahumma robbanaa wa bihamdika allahummaghfirlii.
Maksudnya: “Maha Suci Engkau ya Allah Tuhan kami. Segala puji bagiMu ya Tuhanku. Ampunilah dosaku.”
Baginda juga sering membaca doa berikut ketika sujud:
سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Subhaanaka wa bihamdika, laa ilaaha illaa anta.
Maksudnya: “Maha Suci Engkau. Segala puji bagiMu. Tiada Tuhan selain Engkau.”
Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Sayyidatina Aisyah RA bahawa pada suatu malam dia mendapati Rasulullah tidak di tempat tidur.
Dia mencarinya dan kedua tangannya jatuh ke atas telapak kaki Rasulullah yang sedang sujud di masjid sambil berdoa seperti berikut:
اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Allahumma a’uudhubi ridhaaka min sakhatika wa bi mu’aafatika min ‘uquubatika wa a’uudhubika minka laa ihsii tsanaa an ‘alaika anta atsnayta ‘ala nafsika.
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan keredaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu dari siksa-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari siksa-Mu. Aku tidak dapat memuji-Mu sebagaimana Engkau memuji diri-Mu.”
Selain itu, anda juga boleh membaca doa ini ketika dalam sujud terakhir.
سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ
Subbuuhun qudduusun robbul malaa ikati war ruuh
Maksudnya: “Maha Suci, Maha Kudus, Rabbnya Para Malaikat dan Roh.”
وَقُلْ رَّبِّ اَدْخِلْنِيْ مُدْخَلَ صِدْقٍ وَّاَخْرِجْنِيْ مُخْرَجَ صِدْقٍ وَّاجْعَلْ لِّيْ مِنْ لَّدُنْكَ سُلْطٰنًا نَّصِيْرًا
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
Semoga bermanfaat!
Baca juga: 30 Doa Harian Untuk Anda Baca Sepanjang Bulan Ramadan, Waktu Mustajab Berdoa
Sumber: CNN Indonesia, Facebook & Taqwa