Nur

2 Ayat Ini Jangan Letak Dalam Kad Jemputan Kahwin, Boleh Jadi Dosa Kering!

17
SHARES
KAD JEMPUTAN KAHWIN

Zaman serba moden ini kad jemputan kahwin secara fizikal masih lagi diberikan kepada jiran dan keluarga terdekat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan seperti perkongsian pendakwah bebas, Datuk Syeikh Faisol Omar.

Kesalahan ini perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan dosa kering. Nak tahu apa? Ikuti penjelasan lanjut mengenai topik ini di bawah.

Baca juga: 30 Doa Harian Untuk Anda Baca Sepanjang Bulan Ramadan, Waktu Mustajab Berdoa

JANGAN LETAK 2 AYAT INI DALAM KAD JEMPUTAN KAHWIN

KAD JEMPUTAN KAHWIN

Menerusi penjelasan video berdurasi 2 minit itu, kesalahan yang sering dilakukan adalah dengan menulis ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ dalam tulisan Arab.

Walaupun itu merupakan kalimah yang baik namun ia tidak sewajarnya ditulis di atas kad kerana mengandungi perkataan Allah.

“Di dalam kad ini akan tentera nama Allah. Pada saya memang tujuan pengirim kad itu bagus tetapi kad ini akan dibuang kerana rata-rata orang tidak akan menyimpannya.

“Bila dia buang atau bakar kad yang tentera Kalimah Allah, secara tidak langsung menyebabkan dosa kering,” jelasnya.

Jadi, cara yang terbaik untuk memberi kad fizikal kepada kenalan atau keluarga adalah dengan tidak meletakkan sebarang kalimah Allah.

“Seboleh-bolehnya tidak perlu tulis ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ walaupun ia kalimah yang baik.

“Cukup sekadar ayat ‘jemputan ke walimatul urus’ dan beberapa maklumat lain,” ujarnya.

Menerusi perkongsian Ustaz Azhar Idrus, tulisan rumi boleh digunakan jika masih ingin menulis kalimah tersebut.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Senarai Masjid Mesra Kanak-Kanak Waktu Bulan Ramadan, Ibu Ayah Boleh Solat Tarawih

Sumber: TikTok 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×