Famili

TOP 10 Bazar Ramadan Paling Popular 2024 & Jadi Tumpuan Ramai Di Lembah Klang!

11
SHARES
BAZAR RAMADAN

Bersempena dengan 1 Ramadan pada hari ini, penulis ingin kongsikan senarai bazar Ramadan yang popular dan menjadi tumpuan ramai di sekitar Lembah Klang.

10 bazar ini ada keunikan tersendiri dan setiap makanan yang dijual sudah tentunya sedikit berbeza. Jika ingin tahu apa kelainannya, anda kena cuba pergi sendiri.

Baca juga: 30 Doa Harian Untuk Anda Baca Sepanjang Bulan Ramadan, Waktu Mustajab Berdoa

SENARAI 10 BAZAR RAMADAN PALING TOP DI LEMBAH KLANG

BAZAR RAMADAN

Kredit: Berita Harian

1. Bazar Kampung Baru, Kuala Lumpur

Antara lokasi popular bazar Ramadan di ibu kota adalah Bazar Kampung Baru. Walaupun agak sesak setiap hari namun pengunjung tidak pernah melepaskan peluang untuk membeli juadah berbuka di sini.

Hal ini kerana pelbagai jenis makanan dan minuman boleh didapatkan di sini. Bagi mengelakkan kesesakan yang luar biasa, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal agar proses membeli makanan lebih mudah.

Alamat penuh: Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

2. Bazar Ramadan TTDI, Kuala Lumpur

Bazar Ramadan TTDI, Kuala Lumpur juga antara bazar popular dan menerima ramai pengunjung pada setiap tahun. Di sini pelbagai jenis juadah berbuka seperti pasta, kuih-muih, jus dan lain lain yang boleh menjadi pilihan anda.

Lokasi bazar mudah diakses kerana terletak berhampiran dengan MRT TTDI. Perlu diingatkan sekiranya anda datang selepas jam 5 petang, trafik agak sibuk dan parkir kenderaan agak susah untuk didapatkan. Jadi, rancang perjalanan anda sebelum berkunjung Bazar Ramadan TTDI, Kuala Lumpur.

Bazar ini juga dikenali sebagai ‘bazar kayangan’ kerana ia menjadi tempat tumpuan orang kenamaan dan selebriti Malaysia.

Alamat penuh: Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

3. Bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)

Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sudah semestinya destinasi selalu dikunjungi oleh orang ramai. Tidak kira bulan Ramadan atau raya, pasti ramai yang berpusu-pusu datang ke sini untuk mencari makanan dan barang keperluan.

Alamat penuh: Jalan 3/27A (Seksyen 2) 53300 Kuala Lumpur

4. Bazar Ramadan Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Bazar terpanjang di Kuala Lumpur adalah Bazar Ramadan Wangsa Maju. Lokasinya terletak berhampiran di LRT Stesen Wangsa Maju membuatkan ia mudah untuk diakses.

Seperti biasa, setiap makanan dan minuman anda inginkan pasti ada jual di sini dengan harga yang berpatutan. Seawal jam 4.00 petang, bazar ini sudah penuh dibanjiri oleh pengunjung.

Alamat penuh: Bazar Ramadan Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

5. Bazar Ramadan Bukit Bintang

Sama seperti jalan TAR, Bukit Bintang juga antara tempat tarikan orang ramai kerana ia mudah diakses dengan menaiki MRT Stesen Bukit Bintang.

Anda boleh membeli makanan di bazar dan berbuka di tempat berhampiran. Selepas selesai berbuka, boleh membeli-belah di sekitar Bukit Bintang.

Alamat penuh: Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur.

BAZAR RAMADAN

6. Bazar Ramadan Stadium Shah Alam

Sebut sahaja Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, pasti ramai yang pernah berkunjung di sini. Antara menu popular adalah nasi Arab Chef Ammar. Setiap tahun pasti akan beratur panjang demi menikmati keenakan nasi Arab ketika berbuka puasa.

Bazar terbesar di Shah Alam ini sudah tentunya menerima kunjungan ramai kerana ia dikatakan syurga makanan. Waktu operasi Bazar Ramadan Stadium Shah Alam adalah bermula jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam.

Alamat penuh: Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

7. Bazar Ramadan PKNS, Shah Alam

Bazar ramadan di Komplek PKNS Shah Alam juga antara tempat tumpuan orang ramai. Hidangan makanan seperti roti john, martabak, dan lain-lain sudah pastinya ada dijual di sini.

Alamat penuh: Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

8. Bazar Ramadan Park & Ride Cyberjaya

Sekiranya anda tinggal di Cyberjaya, antara bazar boleh dikunjungi adalah di Park & Ride. Bazar ini popular dan sudah tentunya menjadi tumpuan orang ramai.

Alamat penuh: Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

9. Bazar Ramadan USJ Subang

Bazar paling meriah dan menerima kunjungan ramai di sekitar Subang Jaya adalah Bazar Ramadan USJ4. Bazar ini sudah tentunya ada menjual pelbagai jenis makanan dan minuman mengikut cita rasa anda.

Walaupun zaman serba moden, jangan lupa untuk bawa cash ya.

Alamat penuh: Jalan USJ 4/5, Usj 4, 47600 Subang Jaya, Selangor

10. Dataran Putrajaya, Presint 3

Bazar Ramadan Dataran Putrajaya juga bazar paling popular dan menjadi tumpuan orang ramai. Lokasinya terletak bersebelahan Masjid Tuanku Zainal Abidin dan lebih menarik lagi anda boleh berbuka puasa di dataran yang disediakan.

Selepas selesai berbuka, boleh terus menunaikan solat di masjid berhampiran.

Jadi, yang mana satu menjadi pilihan anda?

Baca juga: Senarai Masjid Mesra Kanak-Kanak Waktu Bulan Ramadan, Ibu Ayah Boleh Solat Tarawih

Sumber: Google

Kredit imej: Taufulou

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×