Nur

Hukum Nikah Pada Bulan Ramadan Menurut Pandangan Islam, Boleh Atau Tidak?

1
SHARES
NIKAH PADA BULAN RAMADAN

Dalam Islam, perkahwinan sangat dianjurkan kerana Allah menjadikan manusia berpasang-pasangan. Antara yang menjadi tanda tanya adalah mengenai hukum nikah pada bulan Ramadan kerana ada beberapa pandangan.

Jadi, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan anda boleh baca penjelasan penuh di bawah mengenai nikah pada bulan Ramadan. Semoga bermanfaat!

Baca juga: 30 Doa Harian Untuk Anda Baca Sepanjang Bulan Ramadan, Waktu Mustajab Berdoa

HUKUM NIKAH PADA BULAN RAMADAN, BOLEH KE?

NIKAH PADA BULAN RAMADAN

Hukum bernikah pada bulan Ramadan adalah harus namun perlu diingatkan bahawa bersetubuh pada waktu siang ketika Ramadan sangat dilarang.

Barangsiapa yang bersetubuh di siang hari Ramadan, maka dia perlu membayar kaffarah iaitu memerdekakan hamba atau berpuasa selama dua bulan berturut-turut atau memberi makan enam puluh orang miskin.

Hubungan seksual suami isteri pada bulan Ramadan hanya boleh dilakukan pada waktu malam seperti firman di bawah:

“Dihalalkan bagi kamu bergaul dengan isteri-isteri kamu pada malam bulan puasa; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsu kamu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan mengampuni kamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga (datang) malam.” (QS. Al-Baqarah: 187).

Jadi, berbalik kepada bernikah pada bulan Ramadan, ia sudah tentunya ada beberapa halangan seperti tidak dapat membuat kenduri.

Walau bagaimanapun, kenduri sangat dianjurkan untuk buat seperti sabda Rasulullah SAW:

“Adakan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing.” (H.R. Bukhari).

Jadi, majlis kenduri boleh dilakukan ketika waktu berbuka. Hal ini kerana pernikahan pada bulan Ramadan tidak boleh mengganggu ibadah puasa orang lain kerana ini boleh mendatangkan kemudaratan.

Perkara utama adalah memastikan pelaksanaan akad nikah pada bulan Ramadan tidak mengganggu intipati bulan Ramadan itu sendiri.

Kesimpulannya, pernikahan pada bulan Ramadan tidak menjadi masalah selagi mana ia tidak mengganggu ibadah puasa orang lain.

Baca juga: Doa Waktu Sahur Yang Dianjurkan Untuk Baca, Rugi Kalau Bangun & Makan Sahaja…

Sumber: Dalam Islam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×