Dapur

Resepi Biskut Ovaltine Manis Berlemak, Sesuai Hidangan Hari Raya

46
SHARES

Bila tiba Hari Raya Aidilfitri pasti ramai yang membuat biskut raya sendiri bersama ahli keluarga. Antara biskut raya popular adalah almond london dan cornflakes madu kerana cara membuatnya agak senang dan tidak memerlukan bahan yang banyak.

Selain dua biskut popular itu, apa kata anda cuba satu resepi baharu iaitu biskut ovaltine. Walaupun belum berpuasa tetapi tak salah untuk cuba dan hidangkan kepada keluarga. Betul tak?

Baca juga: Petua Halau Semut Dalam Balang Gula, Sejam Dah Hilang Semua!

RESEPI BISKUT OVALTINE MANIS BERLEMAK, SESUAI HIDANGAN RAYA

Ikuti perkongsin resepi biskut ovaltine di bawah, manis berlemak memang kegemaran ramai.

biskut ovaltine

Bahan-bahan:

  • 1 cawan buttercup atau majerin
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan minyak masak biasa
  • 1/2 cawan ovaltine
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 3 cawan tepung gandum cap ros
  • 1 cawan almond nips -dibakar kejap
  • 1 cawan coklat chip
  • 1 cawan coin milk beryls

Cara penyediaan:

1. Kacau buttercup dan gula halus hingga sebati.

2. Masuk sebiji telur dan minyak masak. Kacau lagi sampai sebati.

3. Masukkan ovaltine, penting bahan ni. Kacau lagi.

4. Kemudian masukkan susu tepung dan tepung jagung. Kacau lagi sampai adunan sebati.

5. Akhir sekali baru masukkan campuran tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.

6. Ok dah siap adun tambahkan almond nips yang dah dibakar kejap. Lepas tu satu cawan coklat chip. Kacau-kacau rata.

7. Mana suka kriuk-kriuk coklat boleh tambah coin milk beryls ya. Gaulkan rata.

8. Masuk piping beg, nak cubit-cubit pun boleh.

9. Ok loyang sapu majerin ek, lepas tu susun cookies korang jangan rapat sangat nanti dia kembang. Bakar suhu 170-180 masa 20 minit atau bergantung oven korang lah ya.

Siap dan sedia untuk dimakan. Memang sedap dan harum semerbak ya bau. Rugi kalau tak cuba.

Sumber: Facebook Ain Makter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×